Friday, June 19, 2009
PERTEMBUNGAN FAHAMAN BERBEZA
Kali ini aku cuba membawa pembaca blog aku untuk berfikir sejenak dan juga membuka minda kita. Politik hari ini memaksa kita untuk berfikir lebih jauh kemana hala tuju masa depan politik dan kuasa orang melayu dan islam di Malaysia. Apa yang cuba aku catatkan berupa pandangan peribadi berdasarkan sembang-sembang dengan kawan-kawan di kedai kopi.Hari ini isu yang cukup panas dan sentiasa dibincangkan tak kira samada di kedai kopi mahupun diParlimen ialah isu Kerajaan Perpaduan yang jelas memerlukan pengorbanan serta komitmen yang serius dari semua pihak. Apa yang aku nampak Kerajaan Perpaduan ini ialah bagaimana mahu memperkukuhkan kuasa politik di Malaysia terutamanya kepada orang Melayu dan juga agama Islam.
Namun untuk merialisasikan perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah. Tak semudah yang dicakapkan. Aku merasakan Kerajaan Perpaduan ini mestilah bermula dari UMNO dan PAS. Aku kata begitu kerana kedua-dua parti ini yang mendominasi politik Malaysia pada hari ini. UMNO adalah merupakan parti yang menunjangi BN dan PAS teras kepada PR. Aku cukup yakin PAS+UMNO akan mengubah rupa bentuk serta senario politik di Malysia.
Namun seperti aku katakan tadi, bukan sesuatu yang mudah. Banyak cabaran dan halangan yang menanti. Masalah dalaman setiap parti merupakan halangan yang perlu diselesaikan untuk melihat Kerajaan Perpaduan ini dapat dilaksanakan.
UMNO dianggap sebagai sebuah parti Melayu dan PAS pula sebagai parti Islam. Sebenarnya inilah agenda tersembunyi musuh-musuh yang tanpa kita sedari sedangkan yang islam itu melayu dan yang melayu itu islam secara asasnya. Namun ini yang telah berjaya dipisahkan oleh musuh kita dan inilah faktor utama yang menyebabkan kita melayu dan islam terpecah dua sedangkan kiblat kita sama.
Faktor lain juga ada. UMNO juga mempunyai masalah dalamannya sendiri. Politik berpuak wujud dalam UMNO. Walaupun UMNO parti melayu tapi ada melayu jawa, banjar, bugis, pattani dan bumiputra Sabah. Sudah pasti perbezaan yang ketara berlaku antara melayu dalam UMNO. Ini adalah agenda musuh kita yang mencipta sistem demokrasi yang menggunakan kaedah'pecah dan perintah'. Selagi kita mengamalkan sistem ini, pasti perpecahan akan terus berlaku.
PAS juga tak terlepas dari sistem ini. Kita dapat lihat dalam muktamar yang baru berlalu. Dengan sistem ini, PAS telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan sebenarnya apa yang berlaku dalam PAS lebih bahaya dari apa yang berlaku dalam UMNO. Aku katakan begitu kerana dalam PAS perpecahan melibatkan fahaman agama. Wujudnya tiga kumpulan besar yang cuba menguasai parti PAS dengan fahaman agama yang berbeza. Kumpulan ini adalah kumpulan yang telah berjaya dicipta bagi memastikan Islam itu juga berpecah.
Sebenarnya ia bukan hanya sebagai sebuah kumpulan tetapi lebih kepada fahaman. ARDOGAN membawa fahaman Islam yang libral manakala terdapat fahaman Syiah dan Wahabi dalam PAS selain Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Akhirnya aku cukup yakin Kerajaan Perpaduan ini dapat direalisasikan dengan meletakkan kepentingan Islam sebagai keutamaan dan dengan wujudnya Kerajaan Perpaduan akan menjadikan Malaysia lebih dihormati dan lebih digeruni samada dari dalam mahupun luar negeri. Untuk mencapai cita-cita ini semua orang Melayu dan Islam mesti bersatu dan bekerjasama dan sebagai seorang Islam wajib bagi kita berdoa memohon kepada ALLAH swt agar perkara ini dapat menjadi kenyataan, INSYAALLAH...
Ini hanya sekadar pendapat peribadi aku sahaja....
Saya tertarik dgn blog BYB AMARAN, PARPUKARI & beberapa blog lagi mengenai isu tersebut.
ReplyDeleteSebagai pekerja yg bekerja makan gaji di serata tempat, saya tertarik dgn isu ini kerna byk pengalaman saya tentang isu berkenaan. Pengalaman saya bekerja lebih 20thn yg kebanyakannye bekerja dgn syarikat milik kaum cina. Pengalaman jatuh bangun saya membolehkan saya melihat di mana letak nye kita kaum melayu di bumi sendiri.
Saya berpendapat kaum melayu agak rapuh, tidak muafakat & tidak kukuh mempertahankan kaum sendiri. Mereka umpama lalang atau air. Ikut angin & ikut arus. Kadang2 betul apa yg Tun Mahathir kata "superiority complex". Melayu lebih mudah ngikut kaum lain dari kaum sendiri.
Sebagai Pengurus Kanan d kebanyakan syarikat yg saya kerja, saya dapati hampir 100% pekerja bawahan adalah melayu. Namun kekuatan itu tidak wujud langsung malah melayu hanya seperti btg lidi yg berselerak. Lost & fragile.
Pada mata saya melayu terbahagi pada 5 kelompok.
1. UMNO
2. PKR
3. PAS
4. Atas pagar
5. Bebas (ignorance)
SOALNYE...
Semua ini adalah melayu & islam. Tidak kira parti apa mereka ini bernaung, mereka tetap melayu & islam. Apakah kita semua harus bertempur pada medan yg sama atau kita wajib bersatu atas satu tiket?
Parti hanya landasan perjuangan. Sedang bangsa & agama adalah darah daging & pegangan hidup kita.
Kemana arah tuju bangsa kita? Perpecahan demi perpecahan.....
Apakah gelombang perpecahan 1511 & era kolonial akan berulang?
Renungkan & marilah kita bersama mencari dimana titik penyatuan itu. Dan dimana titik pertemuan 5 golongan ini. Agar rumpun kita utuh & kuat semula.