Sunday, October 30, 2016

Sejarah

"Orang Melayu ini seperti Buah Manggis"
         - Kata Pahlawan Mat Kilau 1969

Jika dilihat Sejarah Kerajaan Islam Melayu dari Zaman Kesultanan Kedah Tua,Kerajaan Melayu Melaka,Kerajaan Acheh,Kerajaan Johor-Riau-Lingga-Pahang,atau Kerajaan Mataram di Jawa sekalipun Kerajaan tersebut tumbang bukanlah disebabkan Kekuatan Armada Tentera Penjajah..

Kerajaan tersebut tumbang kerana "Senjata Makan Tuan" iaitu Budaya Menikam dari Belakang yang masih diamalkan orang Melayu hingga kini..

Budaya "Api dalam Sekam" yang menular dalam Pemerintahan akhirnya menjadi "Musuh Dalam Selimut" yang masih sukar dibendung..

Lihat sahaja kekalahan Dol Said di Naning pada tahun 1831..

-Rujuk Kisah Perang Naning 1 dan 2..

(Dol Said Dikhianati Oleh Pengikutnya Yang Berpaling Tadah Kepada Penjajah Setelah Diberi Ganjaran Beberapa Keping Wang Emas)

Dol Said bukanlah calang-calang Orangnya bukan sahaja hebat dari segi Kepahlawanannya bertarung dengan Musuh..tetapi ketinggian Ilmu Kerohanian Agamanya..

Beliau tewas bukanlah disebabkan Penjajah atau Musuh itu lebih hebat ketika berperang tetapi tewas disebabkan wujudnya orang-orang yang seBangsa dan seAgama yang menjadi "Talam Dua Muka" dan sanggup berpaling tadah terhadap perjuangan mereka sendiri..

Demikian juga masalah yang dihadapi oleh Dato Bahaman Orang Kaya Semantan,Mat Kilau dan Tok Gajah Imam Rasu yang pernah di serang Penjajah di Tembeling hingga dikatakan terpaksa berundur di sempadan Siam..Mereka berundur bukan kerana takut pada Penjajah tetapi berundur kerana tidak mahu lebih ramai rakan-rakan yang menjadi Korban akibat pengkhianatan Orang Melayu itu sendiri..

(Mat Kilau dikhianati segelintir Orang Melayu yang memberitahu Penjajah pegerakkan dan persembunyian Mat Kilau di Tembeling,Jerantut dan persembunyiannya beberapa Kubu penting hingga beliau terpaksa berlindung dengan Tok Ku Paloh Terengganu)

Semasa kemunculan Mat Kilau pada tahun 1969,beliau pernah ditanya oleh beberapa kenalan termasuk dari Guru Silat saya sendiri yang pernah berjumpa dan berhadapan dengannya..

Antara Soalan yang ditanya pada Mat Kilau adalah tentang Perjuangan Melayu menentang Penjajah..

Mat Kilau menjawab,

" Orang Melayu ini seperti Buah Manggis,
Diluarnya Hitam,
Dalamnya Putih..."

Bermaksud :

" Orang Melayu ini semangatnya hanya meluap-luap semangatnya pada Zahirnya sahaja..
Sedangkan Batinnya masih Lembut.."

Katanya lagi,

" Buah Manggis juga bergetah,
Sama seperti Buah Bacang,
Sayangnya Buah Manggis tidak BerBisa seperti Buah Bacang yang kalau ia disentuh boleh menyebabkan Kulit menjadi Kudis..."

Ia bermaksud luahan hati Mat Kilau ketika itu yang kecewa dengan Bangsa Melayu di zamannya yang mudah ditakutkan atau tidak berani melawan apabila terancam,hanya segelintir dari mereka sahaja yang sanggup berjuang hingga sanggup meninggalkan keluarga,harta benda,pangkat kekayaan dan gelaran serta kampung halaman untuk berjuang menentang Penjajah..

Mat Kilau juga menjawab Orang Melayu juga ibarat " Buntut Buah Manggis ",

 "Kalau Buah Bunganya Kembang Lima,
Maka Isinya juga Lima,
Kalau Bunganya Kembang Enam,
Isinya juga Enam..."

Maksudnya:

Orang Melayu di zamanya tidak dapat Menahan dan Menyimpan Rahsia-rahsia penting mengenai Strategi Perjuangan Sulit mereka..

Inilah sebabnya Bangsa Melayu di zamannya Gagal Menentang Penjajah...

Kesimpulannya,

Jatuhnya Kerajaan Islam Melayu itu sendiri atas Faktor :

-Kezaliman Diri Mereka Sendiri

-Budaya Rasuah(Dapat Ganjaran Wang Emas,Pangkat dan Harta dan Gelaran Dari Penjajah)

-Fitnah(Budaya Dengki Sesama Sendiri)

-Pengkhianatan(Tikam Belakang,Rebut Jawatan Pembesar)

Kesemuanya itu disebabkan Lemahnya Akidah mereka untuk memperjuangkan Pengorbanan Harta Benda, Nyawa dan Negara...

Bukan sahaja di Tanah Melayu sendiri tetapi juga di Era atau Zaman Khulafa Al Rasyidin,Umaiyah,Abbasiyah hingga Uthmaniah juga terkena Penyakit yang sama..

Persoalannya Wujudkah lagi " Budaya Talam Dua Muka" oleh Bangsa Melayu di zaman Moden ini ???

Jawapannya,

Ya ! .. Ia masih tetap wujud !

"Islam Melayu,Melayu Islam"


*Seloka Nasihat*

*_TANYA SAMA HATI_*

_Tanya sama hati_
_Apa sebab goyang_
_Nanti jawab hati_
_Jasad tak sembahyang.

_Tanya sama hati_
_Apa sebab goyang_
_Nanti jawab hati_
_Keimanan bagai kulit bawang.._

_Tanya sama hati_
_Apa sebab goyang_
_Nanti jawab hati_
_Keyakinannya hilang.._

_Tanya sama hati_
_Apa sebab goyang_
_Nanti jawab hati_
_Amalnya kurang.._

_Tanya sama hati_
_Apa sebab goyang_
_Nanti jawab hati_
_Jihad tidak matang.._

_Tanya sama hati_
_Apa sebab goyang_
_Nanti jawab hati_
_Akidah tak terang..._

_Tanya sama hati_
_Apa sebab goyang_
_Nanti jawab hati_
_Suka mengata orang..._

_Tanya sama hati_
_Apa sebab goyang_
_Nanti jawab hati_
_Selawatnya kurang.._

_Tanya sama hati_
_Apa sebab goyang_
_Nanti jawab hati_
_Zikirnya kurang.._

_Tanya sama hati_
_Apa sebab goyang_
_Nanti jawab hati_
_Istigfarnya kurang.._

_Tanya sama hati_
_Apa sebab goyang_
_Nanti jawab hati_
_Ngaji lebih kurang.._

_Tanya sama hati_
_Apa sebab goyang_
_Nanti jawab hati_
_Tunggu maut datang.._

_Tanya sama hati_
_Apa sebab goyang_
_Nanti jawab hati_
_Dalam kubur tinggal seorang.._

_Tanya sama hati_
_Apa sebab goyang_
_Nanti jawab hati_
_Bimbang amalan_ _ditimbang.._

_Tanya sama hati_
_Apa sebab goyang_
_Nanti jawab hati_
_Titian akan diseberang._

_Tanya sama hati_
_Apa sebab goyang_
_Nanti jawab hati_
_Takut penjaga neraka yang garang.._

_Tanya sama hati_
_Apa sebab goyang_
_Nanti jawab hati_
_Alam akhirat akan datang.._

_Tanya sama hati_
_Apa sebab goyang_
_Nanti jawab hati_
Risau Kubur X terang...

DOA HARI INI

Assalamualaikum semua selamat beribadah, Ya Allah tunjukkanlah pada kami sebagaimana mereka yang telah Engkau beri pertunjuk,dan berilah kesihatan pada kami, sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan.Peliharakan kami sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan dan berilah keberkatan dunia akhirat bagi kami, dan pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.Selamatkan kami dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan,ampunilah dosa kami dan semua umat islam,Ameen

RENUNGAN

Apa itu hikmah sakit? *HIKMAH SAKIT* *1) Sakit itu Zikrullah.* Bukti: Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding diwaktu sihatnya. *2) Sakit itu Istighfar.* Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun. *3) Sakit itu juga Muhasabah.* Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali. *4) Sakit itu Jihad.* Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan. *5) Sakit itu Ilmu.* Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit. *6) Sakit itu juga Nasihat.* Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar. *7) Sakit itu Silaturrahim.* Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi. *8) Sakit itu gugur dosa.* Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian. *9) Sakit itu Mustajab Doa.* Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu. *10) Sakit itu menyusahkan Syaitan.* Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya. *11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis.* Satu sikap keinsafan yang disukai Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan makhluk di langit. *12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah.* Rukuk & sujud kita lebih khusyuk, Tasbih & Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama. *13) Sakit itu memperbaiki akhlak.* Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu'. *14) Sakit mengingatkan kita akan Mati.* Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.

Tuesday, September 27, 2016

Salam seperjuangan agak lama aku tidak menulis blog. Ini adalah kerana medan media kini tertumpu pada dimensi yang lain seperti FB dan Whatsapp. Mungkin juga medium ini lebih cepat dan di minati ramai. Walaubagaimana pun aku akan cuba mengarang sebaik mmungkin akan perihal kehidupan yang di lalui.

Thursday, August 21, 2014

Salam buat semua. Sama sama kita bertafakur besok bagi menghormati mangsa nahas MH 17. AL Fatihah

Thursday, March 4, 2010

Berita dari Gunong Semanggol


Salam satu Malaysia, Agak lama saya tidak menulis di dalam blog ini sehingga terpanggil untuk meluahkan nya.
Peristiwa yang berlaku kelmarin harus mendapat ikhtibar kepada semua rakyat Gunong Semanggol khusus nya pengundi pengundi dalam kawasan Parlimen Bagan Serai. Dengan keputusan yang di buat oleh YB Mohsin Fadzli Samsuri, Ahli Parlimen Bagan Serai meninggalkan PKR telah memberi hikmah baru untuk kekuatan BN di Bagan Serai meneruskan agenda parti bagi memberi khidmat kepada rakyat. UMNO Bagan Serai harus menerima insiden dan peristiwa ini sebagai satu cabaran baru dengan mengambil sikap proaktif serta menajamkan matlamat bersama usaha yang bersungguh sungguh menerima keputusan YB Mohsin ini sebagai arus baru dalam perkembangan politik Bagan Serai.

Soal lompat parti ini bukan perkara baru dalam rentetan peristiwa semasa politik Malaysia malahan dunia. Apa kejadian sekali pun, hakikat nya ini lah politik. " There's no permanent friends, and no permanent enemies in politic ". UMNO Bagan Serai perlu menyusun program yang lebih efisyen serta berusaha menarik ahli ahli PKR serta pengikut pengikut YB Mohsin untuk bersama dalam merealisasikan aspirasi kerajaan. Sampai lah masa nya mereka menjalankan tugas menanggung amanah untuk melihat rakyat mendapat kesejahteraan hidup di bumi Bagan Serai ini. Anggaplah polemik politik sudah lama berlalu. Apakah kegersangan membelai tugas ini tidak di rasai oleh rakyat? Dalam saya menjalani kehidupan sebagai BYB ini, ramai rakyat yang saya temui meluahkan keluh kesah mereka dengan peristiwa terjadi selepas PRU 12 ini. Ramai daripada mereka yang membuat perbandingan semasa BN memerintah di Bagan Serai.

Malahan ada di antara mereka masih menyebut nama " Abah " yang pernah menjadi Ahli Parlimen BN suatu masa dulu di sini. Kita memahami keadaan kenapa dan mengapa rakyat menolak BN pada PRU 12. Kini UMNO telah pun terhantuk dan terngadah, Nasib nya belum terngadah sebelum terhantuk. UMNO kini bersemangat baru, dengan pimpinan baru, baik dengan gagasan baru " Satu Malysia " yang di ilhamkan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri kita. Harapan baru rakyat Bagan Serai mesti di terjemahkan segera oleh semua peringkat kepimpinan parti. Kita juga bersyukur kerana di anugerahkan dengan seorang Menteri Besar yang komitted serta bijak dalam soal urus tadbir negeri. Sudah pasti segala usaha murni beliau ini tidak boleh di pandang enteng oleh ahli UMNO. Moh ayoh lah kita bersama sama membawa obor semangat baru ini mengorak langkah secara bersepadu dan menzahirkan impian dan cita cita kita.

Ranumnya nangka atas permatang
Buat hidangan masa khenduri
Panas ku sangka sampai ke petang
Rupanya hujan di tengahari

Mama jawab:

Di pinggir hutan limau kasturi
Hinggap sepasang burung jeladan
Biarlah hujan di tengah hari
Panas ke petang menyiksa badan

PANTUN INI ADALAH BUAT RENUNGAN SEMUA YANG MENGHAYATI DENGAN MATA HATI

KEANGKUHAN PAS

Harussani dedah keangkuhan Pas

BANGI 4 Mac - Setelah berdiam diri hampir dua tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini meluahkan apa yang terbuku di hati.

Beliau menceritakan keangkuhan Pas Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu, walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

"Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara Pas dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (UMNO) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).

"Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat Pas menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.

"Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.

"Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Dialog Za'ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini yang dipengerusikan Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof. Dr. Idris Zakaria.

Panelis lain yang turut menyertai program itu ialah Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ruhanie Ahmad dan Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Prof. Madya Datuk Abdul Halim Sidek

Mengimbas kembali perkara itu, Harussani berkata, cadangan itu bermula selepas pilihan raya umum apabila DAP dan BN masing-masing mendapat 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermaksud Pas akan menjadi penentu kepada kerajaan yang akan dibentuk.

Katanya, beliau dilantik sebagai orang tengah dan persoalan yang timbul ialah daripada 28 wakil rakyat BN hanya seorang Cina.

"Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

"Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

"Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju," katanya.

Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi Pas telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.

Beliau mendakwa, Pas Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.

"Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat," katanya

Tuesday, December 22, 2009

FIKIRKAN LAH BANGSA KU MELAYU

Turunkan sikap ultrakiasu sebelum berdebat
Mingguan Malaysia, 6 Disember 2009

Pada pagi 25 November 2009, saya menerima panggilan daripada ibu pejabat MCA. Panggilan tersebut disusuli dengan surat jemputan rasmi daripada Pemuda MCA mengajak saya berdebat dengan ketua mereka secara terbuka bersama Prof Khoo Kay Kim mengenai sekolah satu aliran. Selepas itu saya menerima panggilan daripada akhbar Cina mengenai respon saya berkaitan cabaran tersebut. Saya katakan kepada mereka baca respon saya dalam Mingguan Malaysia. Dulu saya boleh bersabar setelah dikutuk dan dicerca selama berminggu-minggu oleh akhbar sekutu ultra kiasu ini, kenapa kali ini akhbar tersebut tidak boleh bersabar menunggu jawapan saya. Apakah berita mengenai saya mahu diekspoitasikan lagi? Sabarlah, sebab sabar itu sebahagian daripada iman.

Alhamdulillah, masanya telah tiba. Saya amat bersyukur Kay Kim telah menerima jemputan tersebut. Biar kita berbincang secara terbuka. Kalau boleh forum atau debat ini disiarkan secara langsung melalui saluran televisyen dan media elektronik di negara kita. Biar rakyat tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam usaha untuk memperkasakan sebuah negara bangsa. Pendidikan negara tidak boleh dipolitikkan. Ia terlampau suci dalam memperkasakan anak bangsa kita berbilang kaum ini. Saya ingin mencadangkan supaya forum tersebut dikendalikan dalam bahasa Melayu sebagai menyahut seruan 1Malaysia, bukannya bahasa Inggeris. Kita juga mahu melihat watak segelintir produk SJKC yang dipilih khas untuk membahaskan isu-isu ini dalam bahasa kebangsaan.

Sebelum berdebat, saya ingin berpesan kepada ketua pemuda MCA dan rakan-rakannya yang begitu ghairah supaya menyelesaikan sandiwara parti sendiri dahulu. Adakah debat ini bertujuan untuk mengalihkan perhatian terhadap masalah dalaman parti? Atau apakah mungkin masalah parti ini digunakan sebagai alasan untuk menuntut dan mendesak? Nasihat saya, jangan terikut-ikut dengan rentak parti ultra kiasu yang tidak pernah mahu mengalah. Parti ultra kiasu ini amat licik, dan pandai mengambil kesempatan. Apakah ada pakatan dalam menimbulkan isu ini?

Saya cadangkan ketua pemuda tersebut berhenti menangis disebabkan masalah dalaman parti sebelum berdebat. Saya bimbang selepas berdebat nanti menangis lagi. Jangan buang air mata kerana politik. Biarlah kita banyak menangis memikirkan kebesaran Tuhan dan bersyukur dengan nikmat yang melimpah-ruah di negara kita. Itu lebih membawa makna. Kuasa yang diperolehi pada hari ini adalah pinjaman. Ia boleh hilang bila-bila masa seperti apa yang melanda parti pemuda itu. Justeru, gunakan dengan betul, jangan terlalu mendesak sehingga terikut-ikut rentak parti ultra kiasu. Kita perlu ada pendirian, terutama dalam memperkasakan 1Malaysia.

Saranan saya lagi, sebelum berdebat, pemuda MCA kena fikirkan dan merangka strategi bagaimanakah hendak memenangi hati orang Cina pada pilihan raya akan datang agar tidak terlepas ke tangan golongan ultra kiasu. Tidakkah MCA sedar bahawa kerusi yang mereka menangi hari ini adalah kerusi yang dipertandingkan di kawasan majoriti Melayu? Jangan pura-pura buat tidak faham akan toleransi dan sokongan orang Melayu? Mungkinkah orang Melayu (Islam) akan menang jika bertanding di kawasan bukan Melayu? Sebenarnya orang Melayu amat berat untuk mengundi orang bukan Melayu jika ada calon Melayu bertanding di tempat yang sama. Kenapa mereka sanggup undi bukan Melayu (Cina dan India)? Saya minta kajilah sifat-sifat mulia ini. Jangan asyik jadi melompat apabila sekolah vernakular diusik. Fikirkanlah soal masa hadapan.

Ingatlah! orang Melayu yang memberikan kemenangan kepada MCA. Jika tidak, MCA dan Gerakan akan berputih mata. Berapa banyak lagi jawatan senator akan dilantik untuk memenuhi kuota orang Cina di negara kita ini. Jika dikira undi yang dimenangi oleh MCA apabila menentang DAP, kebanyakan undi MCA adalah undi Melayu walaupun ia kalah di tangan ultra kiasu. Siapakah yang lebih bertolak ansur dan tidak perkauman? Melayu sanggup ketepikan prinsip semata-mata kerana MCA. Beruntungnya MCA dan Gerakan, walaupun kalah, kerusi senator tetap ada.

Lebih jelas lagi, semakin parti ultra kiasu memenangi banyak kerusi, semakin banyaklah kerusi senator untuk MCA dan Gerakan. Untung sungguh ketiga-tiga parti ini. Menang atau kalah, tetap menang. Siapakah yang rugi? Orang Melayu juga yang terpaksa berkorban. Sikap berkorban ini amat baik terutama sempena hari raya korban, tetapi jangan sampai terkorban! Pihak yang satu lagi bila mahu berkorban? Takkan sekadar hadiri majlis-majis korban untuk mengatakan inilah semangat 1Malaysia. Kemudian ditampal dalam blog. Taktik ini sudah basi. Kalau tidak percaya lawati laman blog ahli parlimen ultra kiasu dan tidak kurang laman pemuda yang mahu berdebat itu.

Terbaru, beberapa pertubuhan Cina telah menyuarakan hasrat mereka mendesak kerajaan menggantikan MCA dengan mereka kerana MCA sudah tidak lagi boleh mewakili kepentingan orang Cina. Saya ingin bertanya berapa banyak lagi pertubuhan mahu diminta untuk mewakili kepentingan orang Cina. Tidakkah parti ultra kiasu, Gerakan dan NGO-NGO perkauman itu sudah mewakili? Lantang mengkritik, di dalam ada yang memujuk. Ini tidak termasuk negeri-negeri yang dimenangi oleh sekutu ultra kiasu seperti di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, tidak ketinggalan Perak sebelum ini? Apakah suara mereka tidak ada jika MCA tidak wujud? Pada hemat saya, jika tidak ada parti-parti perkauman ini hak mereka tetap terpelihara, sebab ia telah dijamin dalam perlembagaan dan juga ajaran suci Islam.

Saya yakin, Islam yang dianuti oleh orang Melayu tidak akan meminggirkan orang bukan Islam berbanding nasib orang Melayu di Singapura. Terbukti, apabila orang Islam memerintah, bukan Islam boleh hidup senang lenang. Hak mereka terjamin. Semua ini berpunca daripada toleransi ajaran Islam yang mengajar penganutnya supaya tidak melaku penganiayaan terhadap orang lain. Tetapi apabila bukan Islam memerintah, orang Islam amat tersiksa jiwa raga mereka.

Ambillah pengajaran filem kisah benar bersejarah Kingdom of Heaven yang ditayangkan di TV2 baru-baru ini mengenai hubungan antara Islam (Sallahuddin al-Ayubi) dan Kristian dalam perang salib berhubung kota Baitulmaqdis pada tahun 1188. Ketika tentera salib memerintah, umat Islam dibunuh sewenang-wenangnya. Kekejaman digambarkan sehingga darah umat Islam yang dibunuh sampai ke paras lutut. Namun, apabila tentera Islam berjaya menewaskan tentera salib, bukan Islam tidak dibunuh, malahan hak-hak mereka sentiasa dijaga. Tawanan perang tentera salib turut diberi rawatan oleh orang Islam. Inilah hebatnya ajaran Islam yang terus dipraktikkan pimpinan Islam negara kita sehingga ke hari ini. Justeru, janganlah ambil kesempatan sehingga hilang rasional dan menjadi ultra kiasu?

Dalam surat pemuda MCA kepada saya, mereka mengatakan artikel saya tulis pada 22 November telah mengundang kemarahan ibubapa, murid-murid dan alumni sekolah Cina. Persoalan saya, bilakah kajian dibuat? Takkan dalam masa 3 hari MCA telah membuat penyelidikan dan mendapat jawapan. Apakah saya silap melabelkan ultra kiasu ini pada kumpulan tertentu sahaja, sehingga terlepas pandang pada sayap pemuda ini? Saya harap pemuda MCA tidak sampai ke tahap itu. Sekian lama berada di dalam BN, takkan masih tidak faham lagi aspirasi dan cita rasa kerajaan? Jangan terikut dengan parti ultra kiasu, nanti generasi kita yang rugi.

Terus terang saya katakan, orang Melayu tidak akan rugi untuk jangka masa panjang jika peningkatan bilangan mereka semakin bertambah, manakala bilangan orang Cina terus menurun. Tak tahulah pulak jika kita tukar strategi dengan membawa masuk orang Vietnam dan China dengan cara mengahwini mereka! Mungkin Kementerian Dalam Negeri boleh siasat. Sekiranya trend peningkatan ini terus berlaku, bermakna hak Melayu akan menjadi semakin banyak. Mereka boleh ubah perlembagaan pada masa akan datang, termasuk menghapuskan sekolah vernakular. Akibatnya, siapakah yang rugi nanti? Justeru, jangan terlalu mengambil kesempatan disebabkan oleh situasi politik yang tidak banyak menyebelahi Melayu Islam pada hari ini.

Jika kita terus menerus menjadi defensif dan ultra kiasu, yang rugi nanti adalah anak cucu cicit kita. Adalah lebih baik hari ini kita lebih memahami orang Melayu daripada terlebih memahami barat. Kalau kita terus tunjukkan keras kepala akhirnya keturunan kita yang menjadi mangsa. Ketika itu kita telah menjadi nenek moyang. Kita akan dikutuk habis-habisan oleh generasi akan datang kerana terlampau ultra kiasu.

Namawee adalah contoh jelas ultra kiasu. Sudahlah kontroversi menghina lagu Negaraku masih panas, terbaru mengenai sikap ultra kiasu beliau terhadap TNB. Saya tidak menyalahkan beliau sepenuhnya. Sikap TNB juga perlu diperbetulkan. Adakah kita serius dengan bisnes kita? Talian 15454 kadangkala memang tidak dijawab, setelah dihubungi beberapa kali. Ini menyebabkan Namawee datang sendiri ke pejabat TNB disebabkan oleh masalah blackout di kawasan kediamannya. Beliau memaki-hamun TNB dengan kata-kata amat kesat dalam bahasa Cina apabila aduan beliau tidak dilayan dengan baik oleh kakitangan TNB yang ketika itu yang sedang makan pisang dan minum kopi. Spesis ini sebenarnya masih ramai. Pembawaan sikap ini ada kaitan dengan sistem pendidikan dan politik perkauman hari ini.

Biro Tata Negara tidaklah sebahaya sikap ultra kiasu. Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju dengan hujah yang disampaikan BTN seperti yang dilaporkan, sebab kita ada hak untuk menerima atau menolak. Sama juga situasi kenapa parti ultra kiasu dan sekutunya boleh berkawan dengan PAS, tetapi menolak negara Islam PAS? Sikap ini lagi bahaya sebab kita menjadi duri dalam daging atau musuh dalam selimut. Berpura-pura baik di hadapan, di belakang menikam. Pada saya, kita kena fikir bahaya di depan mata iaitu ego sikap ultra kiasu, pendidikan perkauman dan politik perkauman.

Saya akan bersetuju dengan kursus anjuran pakatan ultra kiasu mengganti kursus BTN jika kursus tersebut boleh menurunkan sikap ultra kiasu yang bersarang pada diri mereka termasuk yang menjemput berdebat? Saya bimbang mereka akan terus menjadi lebih ultra. Kalau tidak percaya, cuba masukkan satu modul mengenai sistem kenegaraan Melayu, negara Islam dan hak-hak istimewa Melayu untuk dibincangkan bagi lebih memahami hasrat orang Melayu dan Islam. Lihatlah reaksi segelintir mereka dalam ketiga-tiga parti ini?

Berkali-kali telah saya sebut, tolak ansur yang ada pada masa kini perlu dihargai. Tidak cukup dengan itu, akta demi akta undang-undang telah dipinda untuk menjaga hati dan memuaskan semua pihak, sehingga hati sendiri terguris, tetapi sekumpulan ultra kiasu ini tidak pernah puas. Beri betis hendak peha. Kita perlu melakukan sedikit pengorbanan hari ini, jika tidak generasi akan datang akan terkorban. Fikirkan semua isu ini sebelum kita berdebat.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kita akan kalah jika terus mengalah

Mingguan Malaysia, 29 November 2009

Ramai orang bertanya, kenapa Lee Kuan Yew berjaya dengan sistem satu aliran pendidikan di Singapura dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Lee Kuan Yew dipuji melambung kerana dikatakan sanggup korbankan bahasa ibunda demi kepentingan negara. Betulkah? Jawapan saya, Lee Kuan Yew tidak ada pilihan. Justeru, beliau terpaksa bertindak tegas. Jika ada pilihan, saya yakin beliau tidak akan bertindak sedemikian. Ingat! bahasa Mandarin masih dijadikan subjek penting di sana berbanding bahasa Melayu, dengan alasan mereka adalah majoriti.

Sejarah Singapura perlu difahami kenapa Lee Kuan Yew memilih bahasa Inggeris? Jika Singapura bukan berasal daripada sistem kenegaraan Melayu, saya yakin Lee Kuan Yew tidak akan memilih bahasa Inggeris. Lee Kuan Yew sudah lama dapat membaca pemikiran psikologi orang Melayu. Kebolehan beliau menulis dan membaca jawi sudah dapat mencairkan orang Melayu. Jika bahasa Cina digunakan, sudah tentu ia akan ditentang oleh orang Melayu ketika itu.

Singapura tidak boleh dipisahkan dengan Melayu. Sehingga ke hari inipun saya masih mengatakan Singapura adalah sebuah negara Melayu di Kepulauan Melayu. Kecuali Singapura itu berada di gugusan kepulauan seperti Taiwan, baru saya mengikhtiraf negara itu sebagai negara bangsanya. Lee Kuan Yew hanya mengorbankan bahasa mandarin buat sementara waktu. Janganlah kita buat andaian bahawa Singapura maju kerana menggunakan bahasa Inggeris. Sifat ultra kiasu amat berkait rapat.

Kita pula janganlah terlalu hairan kenapa Singapura boleh keluar sebagai negara maju dalam jangka masa cepat? Jika ditakdirkan Singapura sebesar Malaysia atau Indonesia, saya yakin ia tidak ke mana juga. Singapura bernasib baik sebab faktor lokasi dan saiz banyak membantunya untuk keluar menjadi negara maju. Jangan terlalu kagum dengan kepemimpinan mereka, sehingga kita lupa apa yang telah dilakukan terhadap negara kita sebelum ini. Masih ingatkah sejarah dan titik hitam pemisahan Singapura-Malaysia? Adakah kemasukan Singapura ke dalam Malaysia benar-benar ikhlas? Bacalah sejarah. Apa yang penting hari ini ialah bagaimana untuk menangani sikap ultra kiasu mereka yang amat bahaya kepada politik negara kita. Ingat, pengikut-pengikut ultra kiasu Singapura ini masih ramai berada di negara kita, dengan sebab itu mereka tidak habis-habis menuntut dan mendesak. Apakah kita masih tidak sedar? Ringkasnya, mereka tidak bersendirian.

Lihatlah berapa banyak tanah-tanah strategik yang telah tergadai? Begitu juga dengan rumah-rumah mewah yang telah dibeli? Jangan lupa perjanjian air dan kawasan tadahan air yang dijaga oleh tentera Singapura walaupun berada di Johor. Lee Kuan Yew teramat jarang melawat Malaysia selepas pemisahan, kenapa beliau sanggup ke negara kita baru-baru ini terutama ke Pulau Pinang? Sedarkah kita apa yang dibincangkan secara tersurat dan tersirat? Fikirkanlah. Jangan terlepas pandang pula nasib Melayu di Pulau Pinang? Janganlah bila sudah terhantuk baru mengadah. Sebelum terhantuk perlulah berhati-hati. Bila nasi sudah menjadi bubur sudah terlambat. Perpecahan sesama kita adalah petanda jelas kejayaan mereka.

Sedarlah wahai saudaraku, Melayu Islam di Singapura telah berjaya dicairkan. Hari ini segelintir orang Melayu yang digula-gulakan dengan kuasa sudah tidak seperti Melayu Islam. Mereka bukan sahaja telah cair, tetapi sudah tidak berhati Melayu Islam, kecuali mereka yang masih bertahan di madrasah. Sejauhmana madrasah dapat bertahan? Itu masih menjadi persoalan besar hari ini. Kedudukan madrasah menjadi semakin terhimpit. Begitu juga dengan masjid-masjid mereka. Apakah kita belum sedar? Cukuplah Pulau Batu Putih yang telah terlepas. Janganlah selepas ini kita berputih mata. Ambillah pengajaran ini sebelum terlambat. Mereka yang kuat berjiwa Melayu Islam memang tidak akan terpilih menjadi pemimpin atau menteri di sana. Dengan sebab itu, orang seperti Dr Lily Zubaidah Rahim (2001) terbuang di bumi sendiri. Hanya kerana bercakap menjaga kepentingan Melayu Islam. Apakah kita tidak mengambil pengajaran?

Cuba kita fikir kenapa hari ini Singapura membelanjakan hampir USD11 bilion setahun memperkuatkan sistem pertahanan negaranya dengan populasi hanya 4.6 juta yakni nombor 23 dalam ranking dunia? Lebih dua kali ganda lebih besar daripada perbelanjaan pertahanan Indonesia (USD 4.7 bilion). Perbelanjaan pertahanannya jauh meninggalkan negara kita yang tidak langsung tersenarai dalam ranking dunia. Sedarkah kita sekutu rapat mereka adalah musuh-musuh Islam seperti Israel, Amerika, Australia, Britain dan sebagainya? Tidakkah kita terfikir, apakah agenda mereka sebenarnya kalau bukan kita? Saya yakin kita tidak akan terlepas pulau Batu Putih jika kekuatan kita melebihi kekuatan mereka. Ancaman dan amaran kita sudah cukup untuk menggetarkan mereka. Tetapi kenapa mereka begitu berani dan kurang ajar? Sebab mereka tahu, sejauhmana kekuatan mereka dan telah bersedia menghadapi apa jua situasi. Tendensi untuk mereka menang besar adalah tinggi.

Mungkin pakar-pakar pertahanan tidak bersetuju dengan saya. Tetapi kita mesti ingat, hari ini kita tidak lagi berperang menggunakan manusia, kecanggihan teknologi adalah kekuatannya. Bandingkan teknologi pertahanan perang kita dengan Singapura. Bezanya ibarat langit dengan bumi. Kita sepatutnya membelanjakan wang negara untuk pertahanan. Malangnya, wang ringgit kita banyak digunakan untuk berpolitik daripada mempertahankan negara. Sudah sampai masanya kita kurangkan sedikit berpolitik untuk membina kekuatan pertahanan negara.

Sampai bilakah kita mahu terus bersangka baik dengan mengatakan perang dingin telah tamat, dunia sudah aman? Musuh telah tiada, maka kita tidak perlu menjadi kuat? Tidakkah kita sedar bahawa musuh bertambah kuat dan sentiasa berpakat merancang untuk memusnahkan kita?

Justeru, saya menyerukan supaya kita jangan terlalu berpolitik. Masa dan wang ringgit banyak dihabis untuk menewaskan sesama sendiri. Malangnya, kita tidak hanya berpolitik dalam politik, tetapi dalam bidang lain pun berpolitik juga. Misalnya perebutan jawatan atau kuasa dalam badan-badan awam, berkanun, NGO dan sebagainya. Ini belum termasuk isu rasuah. Pendek kata, dalam bidang apapun diperkatakan, umat Islam kita berpolitik. Politik yang merugikan dan melemahkan. Ultra kiasu ambil kesempatan.

Musuh sentiasa merancangkan untuk melaga-laga kita sesama umat Islam. Hari ini kita dilaga-lagakan dengan Indonesia? Siapakah provokatornya? Marilah kita fikirkan bersama. Logiknya mudah, bila negara-negara Islam berjiran bergaduh sesama sendiri, mudahlah negara ultra kiasu dan orang ultra kiasu ini menyusun strateginya. Janganlah kita terlalu beremosi, takut memakan diri.

Barat telah berjaya melaga-lagakan negara-negara Arab. Hasilnya, negara haram Israel berjaya menguasai negara-negara Arab dengan nisbah 1 orang Israel, lebih 100 orang Arab. 100 Arab tidak dapat mengalah 1 Israel. Sedangkan dari segi logik, akan banjir 1 orang jika 100 orang pakat-pakat kencing ke atas Israel ini. Keadaan berlaku sebaliknya. 1 berjaya mengalahkan 100. Senario Arab-Israel hampir sama dengan negara kepulauan Melayu-Singapura. Mereka sudah bersedia dengan segala kekuatan teknologi. Kita asyik berpolitik tanpa kesudahan.

Kita bernasib baik kerana hari ini kita menjadi pengguna teknologi, bukan pencipta. Kebaikannya, kita tidak perlu lagi menghabiskan masa mencipta teknologi kerana ianya telah tersedia dicipta. Masa mencipta teknologi telah banyak dijimatkan. Tuntutan hari ini adalah menggunakan teknologi tersebut sepenuhnya dan diperkembangkan lagi kehebatan seperti yang cuba dilakukan oleh Iran hari ini. Tetapi Iran cuba dimangsakan oleh barat.

Barat dan ultra kiasu ini telah berjaya membaca pemikiran umat Islam. Mereka tahu teknologi mereka digunakan oleh Islam. Orang Islam akan menjadi kuat jika memperkembangkannya. Justeru, sebelum ia berlaku maka dipecah-belahkan dan dicairkan mereka supaya mudah dikuasai. Ternyata strategi mereka berjaya. Umat Islam berjaya dikuasai dan dipecah-belahkan. Bukan kerana mereka tidak pandai menggunakan teknologi, mereka pandai. Tetapi mereka dihasut supaya mempertikai atau bergaduh sesama sendiri dalam isu-isu remeh temeh seperti tarian pendet Bali. Malangnya, yang tidak bergaduh pula tidak memanfaatkan teknologi, tetapi menggunakannya secara salah. Akhirnya jiwa menjadi kosong dan cair.

Justeru, saya merayu agar kita dapat memulakan langkah pertama dengan menyelesaikan isu-isu asas mengenai pendidikan di negara kita. Ini kerana pendidikan amat penting sebagai benteng pertahanan. Ia harus dimulakan dengan sekolah satu sistem. Asas-asas patriotisme berada di situ. Jangan perjudikan masa depan dan keselamatan negara sistem ini demi untuk mempertahankan kuasa hari ini. Jika dengan kehilangan populariti, masa depan pendidikan boleh dipertahankan, rasanya tidak mengapa kita tidak popular buat sementara waktu. Apa guna populariti, jika masa depan pendidikan dan negara menjadi semakin terhakis. Berundur bukan bererti kita mengalah. Tetapi untuk bersiap sedia dengan kekuatan, daripada kita terus mengalah dan terus kalah. Saya masih teringat kata-kata latin yang berbunyi si vis pacem para bellum, bermaksud jika mahukan keamanan bersedialah untuk berperang. Adakah kita sudah bersedia ke arah itu, di kala orang lain telah lama bersedia? Jika mereka terlalu ultra kiasu, adakah kita akan terus mengalah? Kitapun kena bertindak tegas ke atas mereka untuk kepentingan masa depan. Ingat! kita akan kalah jika terus mengalah.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Saturday, December 19, 2009

PENANG, Dec 19 – Gerakan president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon rejected calls from the state Umno to take over the state Barisan Nasional (BN) chairmanship.

Koh, who is also the present state BN chairman, said the post has been held by Gerakan leaders for more than 35 years.

“So why should we raise it again where it is very clear that any changes will not be agreed by Gerakan,” he told reporters before officiating the Penang Teenage Improvement Leadership Training Camp here today.

Koh was commenting on a call by the state Umno Liaison Committee chairman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi that the state BN chairman’s seat should be held by an Umno leader as Umno held all the seats won by the BN in the state during the last general election.

However, Koh said since Gerakan has been holding the post for so many years, the party would object to any proposal for change.

“The arrangement of the chairmanship was endorsed again in the middle of this year by the BN supreme council and it should not be raised yet again,” he said.

Koh, who is Minister in the Prime Minister’s Department, also urged Umno leaders not to raise sensitive issues that may damage the image of BN and even Umno.

“It would not benefit any party by raising the issue again, instead it may only damage BN’s image in the eyes of the community in Penang and elsewhere,” he said.

Yesterday, during the state Umno meeting chaired by Ahmad Zahid who is also the Defence Minister, he was quoted as saying that the request for the chairmanship was not in the interest of any individual but for the sake of the party that won 11 seats during the last General Election.

Ahmad Zahid also hoped that Penang Umno’s desire to take over the chairmanship would be considered by the BN supreme leadership. – Bernama

Tuesday, December 15, 2009

Apakah in kenyataan benar yang berlaku ketika dailog di London?

SUK Perak Hina Student di London

Dewan kuliah di King's College London agak penuh. Zambry Kadir sebagai ahli politik, membentang dan menjawab persoalan secara politik. Maknanya susahlah nak cari salah dia. Semua jawapannya sudah ada.

Dari rumah lagi aku plan tak nak tanya kat majlis. Entah mengapa, tangan aku gatal angkat tangan. Jadi, aku cakap; kalau pasal pengalaman cross over ahli politik, pihak lain tak boleh challenge UMNO yang banyak pengalaman. Dari tahun 1959 (Terengganu), 1967 (Kelantan – gagal), 1969 (13 Mei), 1985 (Sabah) dan 2008 (Perak). Samada nak terima atau tidak, UMNO memang hebat bab ini. Anwar Ibrahim tak boleh lawan. Ini bukan kes Perak atau Malaysia. Banyak lagi pemimpin negara lain di dunia yang senafsu dengan pemimpin UMNO.

Aku tak setuju pandangan Zambry yang menyebut, `sudahlah jangan banyak politik sangat.....'. Kenyataan ini menggambarkan agar rakyat jangan sibuk berpolitik. Biarlah rakyat bangang politik. Senang orang politik kawal. Macam setengah ulama jahat yang menasihatkan agar umat Islam menjauhi politik. Politik itu kotor. Kita orang baik-baik ini tak payah campur. Ohh.....senang Sultan, penguasa, British berkuasa. Jangan elitkan politik menjadi milik ahli politik. Rakyat kena patuh dan ikut. Mana boleh! Ehh… lepas itu, baru Zambry mengiakan kata aku.

Zambry duduk tengah di meja depan. Kirinya, Dato Fairuz Penasihat Undang-undang Perak. Kanannya, Dato Abdul Rahman SUK Kerajaan Negeri Perak. Dato Fairuz bagi kuliah undang-undang yang membosankan. Semuanya untuk melegitimasikan tindakan politik. Macam sesetengah ulama yang mencari hujah menghalalkan langkah haram.

Yang aku nak cerita ialah episod Dato Abdul Rahman yang merendah-rendahkan pelajar UK.

Tuan Penasihat Orang Kaya Sadek Sigeragar ni cakap budak-budak UK ni tak cukup maklumat, mendengar pandangan sebelah pihak, saudara kena begini, begitu dan bla bla bla......kenyataan yang betul-betul memperlekeh kita orang. Betul-betul layan macam budak sekolah menengah!

Telinga aku berdesing. Aku bangun minta dia tarik balik. Ini satu kenyataan yang menghina. Macamlah pariah sangat. Ramai yang tepuk sorak kasi sokongan kat aku. Aku ingat telinga aku je yang berdesing, rupa-rupanya ramai yang lain pun bukan setakat berdesing, berasap beb!

Lepas majlis tamat, aku sound sekali lagi mamat tu. Tak puas hati, sudahlah tak tarik balik, minta maaf jauh sekali. 'Apa Dato' cakap macam tu?' Dia jawab, `Sheikh, I bukan cakap tentang you…ni untuk diaorang yang tak faham ni…..bla bla….. '

Seelok-eloknya dia diam. Tap bila dia cakap, maka sahlah ………. (tak sopan nak tulis).

Muhaimin Sulam
UK.

Sunday, December 13, 2009

Petikan penulis Mokhtar Petah

Mokhtar Petah

Haji Mohd. Ghazali Jawi[1] kembali memegang jawatan Menteri Besar Perak kali yang kedua (1974 – 1977). Dia telah melakukan penyusunan baru dalam bidang pentadbirannya yang melibatkan kebanyakan rancangan dan projek Menteri Besar sebelumnya telah dihentikan atau di batalkan.

Di antara projek-projek Menteri Besar yang lalu diberhentikan, ialah akhbar suara kerajaan negeri Perak, Berita Perak. Kira-kira setahun kemudian, Berita Perak diterbitkan semula dengan bentuk lain dan menjadi gelanggang media bagi para politikus dalam parti politik pihak kerajaan. Suratkhabar itu diselanggarakan oleh Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Allahyarham Mohd.Arshad bin Abdullah. Sebelum meninggal dunia, dia memegang jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan bergelar Dato’).

Kandungannya Berita Perak yang baru telah berbeza dengan kandungan Berita Perak di bawah pimpinanku. Hampir 80% kandungannya ada suara atau ucapan dari tokoh-tokoh dari parti politik kerajaan. Tidak lama kemudian surat khabar itu telah diberhentikan dan telah digantikan dengan sebuah suratkhabar lain.

Bandar Ipoh pada tahun-tahun 1970 – 1980-an, seperti bandar-bandar lain di seluruh negara, iaitu dibanjiri oleh para penghijrah yang berharap untuk mengutip rezeki mengubah corak kehidupan mereka di bandar. Mereka itu telah datang dari kampung-kampung seluruh negeri Perak dan negeri-negeri lain. Pada umumnya mereka menjadi buruh kerajaan, buruh kilang dan menjalankan perniagaan secara kecil atau sambilan.

Terdapat juga orang-orang kaya yang memiliki rumah besar, banglo atau memiliki banyak rumah dan haloba, telah mendirikan rumah-rumah bertaraf rumah setinggan dalam kawasan setinggan sekitar kawasan Bandaran Ipoh. Mereka telah menyewakan rumah-rumah mereka itu kepada setinggan-setinggan.

Setinggan-setinggan itu telah menduduki tanah-tanah Kerajaan Negeri (state lands) dan yang dimiliki oleh Kerajaan Pusat, seperti tanah Jabatan Kerjaraya, Jabatan Saliran dan sebagainya. Walaupun mereka setinggan yang sentiasa diperangi oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian negeri, tetapi Lembaga Letrik Negara telah membekalkan kuasa elektrik ke rumah-rumah mereka, begitu juga Jabatan Bekalan Air telah membenarkan setinggan-setinggan memasang paip dan membekalkan air kepada mereka.

Di antara setinggan-setinggan itu, ada juga beberapa orang kakitangan Pejabat Tanah Ipoh dan beberapa pejabat lain, guru sekolah kerajaan, anggota polis, tentera dan mereka yang menyokong parti politik kerajaan dan parti-parti politik pembangkang.

Pada masa itu ramai dari kalangan ahli parti-parti politik, golongan buruh, peniaga kecil, kakitangan kerajaan, warga kampung dan setinggan di sekitar kawasan Perak Tengah khasnya dan seluruh negeri Perak amnya kenal akan diriku ’seorang wartawan banyak mengkritik kerajaan’, maka apa jua masalah yang berlaku dalam masyarakat mereka, akulah menjadi tempat mereka mengadu atau meminta tolong.

Pada satu hari pegawai-pegawai Pejabat Tanah Ipoh dengan jentolak dan traktor telah datang untuk meroboh rumah – rumah setinggan, di Kampung Binaria, dekat lapangan Terbang Ipoh. Tiga orang wakil mereka, diketuai oleh Encik Zahid bin Siraj telah datang menemui aku dan meminta aku menolong mereka bagi menghalang tindakan pegawai-pegawai Pejabat Tanah tersebut.

Setelah mereka datang meminta pertolongan, aku rasa bertanggungjawab menolong mereka. Aku telah pergi ke pejabat Menteri Besar Perak untuk meminta surat dari Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar, Encik Yusof Bador bagi menahan atau membantah tindakan pegawai-pegawai Pejabat Tanah meruntuhkan rumah para setinggan tersebut

Aku telah membawa surat Setiausaha Sulit Menteri Besar itu kepada para pegawai Pejabat Tanah yang sedang meruntuhkan rumah-rumah setinggan di Kampung Binaria. Pada waktu aku tiba, dua tiga buah rumah setinggan telah dirobohkan. Surat tersebut telah menjadi penghalang kepada mereka untuk terus meroboh rumah-rumah setinggan itu.

Kebetulah pula, pada dua hari yang lalu seorang peniaga China telah memberi salinan cek bernilai RM5,000 kepadaku. Wang sebanyak itu telah diberikan oleh pihak jawatankuasa Jirat China kepada seorang pegawai di Pejabat Tanah Ipoh dengan tujuan suapaya dia meluluskan kawasan setinggan Melayu, di Kampung Binaria itu kepada pihak Jirat China.

Aku telah tiba di kampung Binaria itu pada jam 11.00 pagi dengan membawa kamera. Dua buah rumah setinggan di situ telah diroboh oleh kakitangan Pejabat Tanah dengan menggunakan jentolak. Mereka diketuai oleh ADO dan beberapa orang pegawai bawahannya dan dikawal oleh beberapa orang anggota polis.

Setelah aku mengambil gambar rumah-rumah yang telah roboh itu, maka aku telah menemui seorang dari pegawai-pegawai Pejabat Tanah itu. Dengan lagak sombongnya dia telah berkata kepadaku, ”...Encik Mokhtar, mike jangan nak halang kami, mike melakukan kesalahan menghalang pegawai kerajaan menjalankan tugas..., kami menjalankan arahan Menteri Besar, meke tau...”

Aku telah mengambil gambarnya dengan kameraku. Aku menarik keluar salinan cek bernilai RM5,000 dari saku bajuku dan menunjukkan kepadanya. Aku telah bertanya, ”...siapa terima wang ni, ...Encik, bukan?”

Pegawai itu mengamati kertas salinan cek di tanganku. Dia terpegun. Mukanya pucat dalam cahaya matahari. Sambil merenung kepada Penolong Pegawai Daerah yang sedang berdiri dekat kerangka rumah setinggan yang telah roboh, dia melaung kepada semua kakitangannya supaya berhenti meroboh rumah-rumah setinggan di situ.

Kemudian pegawai itu datang merapatiku dan merayu, ”...tolong, Encik Mokhtar,...I, I..., kami tak roboh lagi..., tolong jangan siarkan...”

Pada petang itu aku telah menemui Menteri Besar, Ghazali Jawi dan aku telah bertanya kepadanya, “...betul ke Tan Sri telah beri arahan merobohkan rumah setinggan di Kampung Binaria?”.

Ghazali Jawi tercengang.

”Kerajaan kita kerajaan politik, ...kalau Tan Sri beri arahan, setinggan-setinggan tu tak akan mengundi parti Tan Sri..., dia orang akan pilih pembangkang...,”kataku.

”Apa pendapat mike?” Ghazali Jawi bertanya.

”...Tan Sri kena cari jalan, walaupun perbuatan setinggan-setinggan tu salah, tapi undang-undang boleh diatasi dengan rasa perikemanusiaan, tidak semua undang-undang adil, kecualilah undang-undang Tuhan,”aku berkata.

”Ia, ...betul, betul kata mike tu,”sahut Ghazali Jawi.

”...Encik Mokhtar, kita sama-sama berjuang dalam UMNO dulu, ...saya minta Encik Mokhtar tolong berunding dengan semua setinggan sekitar Ipoh ni, biar deme tu sukat tanah tapak rumah deme tu kira- kira 100 X 50 atau 90X60 persegi, saya akan arahkan Pejabat Tanah luluskan tanah deme tu,”katanya.

”Baik, Tan Sri...,”sahutku.

Aku telah meminta kepada Ghazali Jawi supaya dia mengambil langkah-langkah yang dinamik, seperti mengarahkan pihak pejabat tanah Kinta dan Ipoh meluluskan tanah-tanah setinggan sekitar Bandar Ipoh. Dia telah berjanjikan menunaikan permintaanku itu.

Dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri, Ghazali Jawi telah mengumumkan, bahawa dia telah mengarahkan Pejabat Tanah Kinta dan Ipoh supaya meluluskan kebanyakan tanah kerajaan negeri kepada setinggan-setinggan.

Kira-kira dua bulan kemudian semua tanah tapak rumah yang telah diteroka oleh setinggan-setinggan Melayu di Kampung Binaria telah diluluskan kepada mereka

Dengan kehendak Ghazali Jawi, sidang Dewan Undang Negeri Perak yang telah berlangsung pada beberapa bulan kemudiannya telah membuat keputusan, iaitu mana-mana tanah Kerajaan Negeri yang tidak ada rancangan di atasnya, yang telah diduduki oleh setinggan-setinggan Bumiputra hendaklah diluluskan kepada mereka.

Semenjak itulah, Kerajaan Negeri Perak telah lebih mementingkan masalah setinggan daripada mementingkan syarikat-syarikat yang membina kawasan perumahan untuk mengaut keuntungan.

[1] Tan Sri Ghazali Jawi berasal dari Kampung Bukit Nangka, Lenggong, Perak. Menteri Besar Perak

pertama setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Dia telah

melepaskan jawatannya pada tahun 1963 kerana dia ditahan oleh polis setelah difitnah menerima

rasuah sejumlah wang. Ketua Menteri Tunku Abdul Rahman dengan kuasa yang ada padanya telah

mengambil langkah membatalkan kes itu dan telah melantiknya sebagai Duta PTM ke Republik

Arab Bersatu, Mesir. Sekembali dari Mesir , dia telah bertanding dalam pilihanraya Fedara kawasan

Kuala Kangsar dan kemudian memegang jawatan Menteri Pertanian. Pada tahun 1974 kembali

menjadi Menteri Besar Perak kali yang kedua. Aku mengakui Ghazali Jawi seorang ahli politik

Melayu yang bijak dan tegas menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin kerajaan Negeri

Perak.

(Sedutan dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah. - Editor, Petah Shahrir Aidid).

Tuesday, December 8, 2009

Aku minta kepada TUHAN setangkai bunga segar..
TUHAN memberiku kaktus berduri..
Aku minta TUHAN seekor kupu-kupu..
TUHAN memberiku seekor ulat bulu..

Aku sedih dan kecewa..
Namun kemudian..
Kaktus itu berbunga indah sekali..
Dan ulat bulu itu berubah menjadi kupu-kupu cantik..
Itulah jalan TUHAN..indah pada masaNya!

TUHAN tidak memberi apa yang kita harapkan..
Tapi TUHAN memberikan apa yang kita perlukan..
Kadang-kadang kita sedih, kecewa dan terluka..
Tapi jauh di atas segalanya TUHAN telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita..

Monday, November 23, 2009

SELAMAT HARI RAYA IDIL ADHA

Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.... Read More

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Wednesday, September 23, 2009

PENYAIR DARI GUNUNG MENULIS

ete profile
Monday, September 21, 2009
TERKEJUT BERUK....

Salam Syawal...
Hari ni dah hari ke 2 Syawal. Rasanya ramai yang masih meneruskan budaya kunjung mengunjung dan juga rumah terbuka. Para pemimpin UMNO terutamanya akan terus dengan majlis rumah terbuka sehingga la ke hujunh Syawal. Dari pemimpin negara diikuti pemimpin negeri dan disambung oleh pemimpin bahagian juga tak ketinggalan pemimpin cawangan. Pendek kata semua orang nak buat rumah terbuka. Murah rezeki pemimpin UMNO ni.
Hari ni aku nak kita mengimbas kembali ke tarikh yamg menjadi sejarah kepada negara iaitu 8 Mac 2008. Rasanya semua orang masih ingat tarikh tersebut dan rasanya semua orang masih 'terkejut beruk'. Mana tidaknya, semua rakyat Malaysia tak menjangkakan keputusan pilihanraya umum yang ke 12 memberikan tamparan yang cukup hebat kepada BN. UMNO kehilangan banyak kerusi, begitu juga dengan MCA. Yang lebih parah MIC kerana kalah semua kerusi yang mereka bertanding. Presiden Parti juga kalah.
Bukan saja BN yang 'terkejut beruk' malah PR juga mengalami keadaan yang sama. 5 negeri berjaya ditawan PR. Calon-calon yang kurang popular tiba-tiba jadi YB.
Di Perak, PR berjaya membentuk kerajaan tapi kerana 'terkejut beruk' calon MB pun takde. BN lagi le 'terkejut beruk' sebab PR menang dengan kelebihan 3 kerusi je. Walaupun PR bukan satu lambang, namun dengan kebijaksanaan Sultan Perak maka kerajaan Negeri Perak diberi kepada PR. Kerana 'terkejut beruk' maka satu tempoh yang lama perlu diambil oleh PR bagi menentukan siapa calon MB.
Selepas 11 bulan, PR dan BN diPerak sekali lagi 'terkejut beruk' apabila tiga ADUN dari PR mengisytiharkan diri keluar dari PR dan menjadi bebas serta menyokong BN. Fomula yang sama diambil oleh Sultan Perak, dan menyerahkan kuasa kepada BN.
Itu lah yang berlaku 8 Mac 2008. Kini sudah lebih setahun berlalu. Aku rasa kalau beruk pun tak terkejut dalam satu tempoh yang begitu lama. Tapi UMNO punya terkejut lebih lama dari beruk. Sehingga hari ini, UMNO sudah macam tenggelam punca. Kedepan tak kena, kebelakang tak kena. Nak buat apa pun rasa tak kena.
Aku nak kongsi sikit pengalaman aku dengan beruk-beruk semasa aku duk kat hutan satu masa dulu. Bila kita sergah beruk-beruk ni, memang dia akan 'terkejut beruk'. Ia akan lari meninggalkan tempatnya tah kemana. Tapi dalam beberapa minit kemudian, ia akan datang balik dan dengan jumlah yang lebih banyak dari masa ia lari. Inilah sifat beruk yang 'terkejut beruk'
Selepas 7 bulan UMNO menguasai Perak, nampaknya ramai lagi pimpinan UMNO yang masih 'terkejut beruk'. Rakyat ternanti-nanti apa benda yang nak dibawa oleh MB baru ni. Sehingga ke hari ni, tiada yang drastik dan tiada benda yang boleh menaikkan nama MB baru ni. Dimana masalahnya. Mungkin kita sendiri nampak. MB ni agresif tapi seolah-olah MB ni macam Lone Ranger. Tindakan susulan dari agensi kerajaan dan pimpinan peringkat bahagiaan tak se agrasif MB. Atau pun ada unsur sabotaj dikalangan kakitangan kerajaan. Mungkin sesetengah pimpinan bahagian tak 'ngam' dengan MB ni menyebabkan mereka tak mahu bekerjasama dengan MB.
Ataupun UMNO masih lagi 'terkejut beruk'???...///

Posted by penyair dari gunung at 9:03 PM 0 comments Links to this post

SALAM ED FITRAH

Berkesempatan di bulan syawal ini, aku juga ingin mengambil peluang bermaaaf maafan sesama insan yang tersinggung dengan kata kata yang kurang menyenangkan. SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRAH

Wednesday, August 19, 2009

Monday, August 10, 2009
DAP PARTI KRISTIAN
salam seDunia..

Menteri Besar Perak Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam ucapannya semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO Bahagian Parit dan Parit Buntar secara lantang telah memberi amaran kepada pemimpin DAP supaya jangan jadikan ISLAM sebagai bahan untuk dipolitikkan. Mereka tidak ada hak untuk memberi pendapat atau pandangan tentang islam. Kita masyarakat ISLAM amat tersinggung jika ada pihak yang cuba menghina ISLAM dan jangan sampai kenyataan mereka itu akan mengakibatkan berlakunya ketegangan diantara fahaman agama. Kita juga mampu untuk menjadikan agama mereka sebagai bahan politik tetapi UMNO tidak sama sekali mengambil pendirian begitu. Malam ini Perdana Menteri pula memberi arahan kepada POLIS untuk membuat siasatan cuma saya ternanti-nanti komen atau kenyataan dari pemimpin PAS dan PKR.

Kenapa mereka mengambil pendekatan berdiam diri? Mana perginya jaguh-jaguh PAS dan PKR? Kenapa mereka boleh menghentam UMNO siang dan malam, pagi dan petang tetapi dalam isu DAP mereka berdiam diri! Istilah yang boleh kita pakai terhadap mereka ialah 'menyorok dalam terang', Nik Aziz dalam isu arak pun diam tak bersedia untuk memberi komen. Pelik kerana Nik Aziz ini memilih isu dalam mempertahankan ISLAM, saya juga sempat bertanya teman-teman yang masih dalam PKR dan PAS, "apa dah jadi? Kenapa diam?" Mereka jawap pada saya, ini adalah isu mainan UMNO..DAP bukan anti ISLAM, tetapi UMNOlah yang anti ISLAM.

Terkejut beruk saya dengan kenyataan mereka. Apa lagi kita nak buktikan kepada mereka ini bahawa DAP memang musuh ISLAM. Lihatlah kenyataan pemimpin DAP kepada ISLAM, DAP ini bukan saja anti-melayu tetapi juga anti-Islam. Dr. Rizuan Tee bangsanya Cina tetapi mereka hina, kutuk, maki hamun Dr. Rizuan Tee apabila mempertikaikan kenyataan DAP,ini bermakna DAP ini menjadikan ISLAM sebagai musuh utama mereka. DAP ini memang parti yang cilaka, biadap, kurang ajar dan haram jadah. Ketahuilah pemimpin DAP ini kebanyakannya adalah beragama Kristian. Nga dan Ngeh agama mereka Kristian, 5 exco Selangor yang bukan ISLAM semuanya Kristian. Mereka ada agenda tersembunyi yang amat bahaya, mereka sekarang telah berjaya menjadi pemerintah negeri, maknanya umat ISLAM dalam bahaya, mereka ini mempunyai hubungan dengan negara luar, bayangkan jika mereka mendapat memerintah negara maknanya Menteri Pusat akan dikuasai oleh orang Kristian, Exco juga Kristian seperti mana Selangor, Penang dan Perak beberapa bulan yang lalu, saya berbicara bukan kerana saya menjadi sebahagian dari UMNO, tetapi saya berbicara kerana agama saya adalah ISLAM.

Bagi saya UMNO, PAS, PKR adalah sekadar kenderaan sahaja. Pertubuhan ini tidak sepenting ISLAM. Yang penting adalah ISLAM, saya tak rela ada pemimpin Cina sama ada DAP, MIC, MCA, GERAKAN atau tak berparti menghina ISLAM, jangan bermain api, nanti padah jadinya.


Posted by Hamdan Taha at 11:11 AM
Labels: Peringatan

Monday, August 17, 2009

Friday, August 14, 2009
Pemuda Penentu Kemenangan UMNO
salam seDunia..

Maaf terlebih dahulu pada semua kerana beberapa hari ini saya tidak berkesempatan untuk menulis dalam blog saya kerana saya dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang padat sepanjang minggu ini. Saya bersama Dato' Khusairi Talib Setiausaha Perhubungan UMNO Perak yang baru, telah bergerak ke bahagian-bahagian ke serata Negeri Perak untuk program mengerakkan ahli UMNO supaya dapat meneruskan gerak kerja bagi mengukuhkan Parti UMNO. Tanpa ahli yang aktif, sesuatu parti politik itu pasti tidak akan menjadi kuat.

Sepanjang program ini, saya dapat membuat penilaian bahawa ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi khususnya, sangat dahagakan penerangan dan maklumat tepat dari peringkat atasan bagi mereka memantapkan keyakinan diri sendiri serta membantu meyakinkan rakyat setempat bahawa UMNO masih berkuasa serta masih berupaya untuk menambahkan kekuatan. Tidak dinafikan bahawa ahli UMNO yang berada di saluran satu dan saluran dua masih kukuh pendirian mereka bersama UMNO. Tetapi agak mendukacitakan apabila secara terang, Pergerakan Pemuda dan Puteri nampak lesu dan tidak bermaya. Jumlah kehadiran golongan muda-mudi ini adalah amat kurang dalam program-program yang telah dianjurkan oleh UMNO selama ini.

Saya sedang mengkaji penuh teliti, dimanakah kesilapannya UMNO selama ini kerana gagal menarik pengundi muda. Bagi pandangan saya secara peribadi, ini adalah kerana golongan Pemuda dan Puteri ini telah banyak berhijrah ke bandar-bandar besar untuk meneruskan cita-cita serta mengejar kestabilan kerjaya dan ekonomi. Oleh kerana gaya kehidupan di bandar yang sibuk, golongan muda-mudi berupaya untuk mengejar arus kemodenan kehidupan di bandar maka, mereka ini terpinggir dari menyertai sebarang aktiviti berparti mahupun Persatuan. Kebanyakan mereka lebih suka membicarakan tentang hal kerjaya, hiburan, sosial dan masalah peribadi masing-masing. Mereka tidak berkesempatan untuk memikirkan hal negara mahu pun soal-soal perjuangan. Rata-rata mereka beranggapan, soal perjuangan tentang Agama, Bangsa dan Negara bukan urusan mereka.

Inilah tugas berat yang harus dipikul oleh Pemuda dan Puteri UMNO. Pemimpin Pergerakan Pemuda yang ada sekarang harus sedar dan mencari jalan penyelesaian dengan segera jika mahu melihat UMNO terus kukuh dan menjadi tonggak memerintah negara. Permatang Pasir UMNO telah mempertaruhkan seorang calon muda. Kita mahu melihat sejauh manakah calon muda ini dapat menarik undi golongan muda. Saya teruja untuk melihat hasil daripada keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pasir kelak. Jika kita melihat 'trend' pengundi di Manek Urai, pengundi muda memang boleh diharapkan untuk bersaing dengan parti PAS dan PKR. Saya amat berharap kali ini strategi UMNO menjadi.

Selama ini, cara lama merayu undi telah diserahkan sepenuhnya pada kaum wanita sahaja dan kaedah ini sudah tidak sesuai untuk dipakai atau dipraktikkan di masa kini. Seharusnya perayu undi wajib dipertanggungjawapkan kepada semua golongan. Maksudnya di sini ialah, Pemuda harus menjadi perayu undi kepada pengundi muda kerana masalah pemuda tidak dapat diselami oleh kaum wanita, tambahan pula pemuda sekarang sukar untuk kita temui dirumah-rumah. Begitu juga Puteri, hanya puteri yang paling layak merayu dan berjumpa dengan golongan pengundi sebaya dengan mereka. Bagi golongan dewasa pula, tugas mereka ialah mencari pengundi sebaya mereka kerana gaya bahasa, tahap pemikiran, cara bergaul yang digunakan adalah sama. Jika ini dapat dilakukan maka UMNO pasti akan dapat bersaing dengan PAS untuk memburu kemenangan di Permatang Pasir.

Saya meletakkan harapan bahawa UMNO telah benar-benar belajar dari beberapa pengalaman Pilihanraya Kecil sebelum ini yang semuanya tidak menyebelahi pada UMNO. Apa pun kunci kemenangan adalah PENYATUAN, KERJA KERAS dan TAKDIR ALLAH S.W.T.. Jika UMNO Permatang Pasir boleh bersatu, tidak ada sebab untuk UMNO boleh lemah dan kalah. Saya ucapkan selamat berjaya kepada calon UMNO.

Sekian Terima Kasih

-Hamdan Taha-

Tuesday, August 4, 2009

Monday, August 3, 2009

Perhimpunan ISA 'ALAT' Anwar

salam Semua..

Didoakan kita semua akan terus mendapat kenikmatan dan rahmat ALLAH S.W.T., kali ini saya ingin membawa perbincangan saya terhadap perhimpunan menghapuskan ISA di Kuala Lumpur beberapa hari yang lepas..saya juga pernah terlibat bersama teman-teman di dalam perhimpunan sebegitu hampir 10 tahun dahulu terutama selepas kes Anwar pada tahun 1998..

Teman-teman seperti Ezam Mohd Nor, Lokman Adam, Roslan Kasim, Zahid Mat Arif, Hanafiah Man dan ramai lagi jika saya mahu senaraikan. Ada antaranya yang sampai ditahan di bawah akta ISA berkali-kali, disumbat di lokap sudah menjadi perkara biasa bagi kami. Ketika itu, kami rasakan tindakan yang kami buat adalah benar dan benar belaka..tetapi saya tidak menafikan sebenarnya semua ini adalah merupakan arahan dari Anwar Ibrahim melalui pelbagai cara. Malah saya masih ingat lagi ketika itu, semua pemimpin telah mendesak kerajaan supaya kami dibenarkan berhimpun didalam Stadium Bukit Jalil untuk menyatakan bantahan terhadap Kerajaan.

Pemimpin Pembangkang termasuk 'Arwah' Ustaz Fadzil Nor selaku Presiden PAS pada ketika itu telah menghantar surat kepada Perdana Menteri supaya dibenarkan kami berhimpun di Stadium Bukit Jalil, tetapi kebenaran tidak berikan. Ketika itu sokongan saya dan teman-teman terhadap Anwar sebenarnya terlalu membuta tuli sehingga kami secara langsung atau tidak, telah mengajak dan membakar perasaan rakyat ketika itu. 'Saya memohon maaf kepada sesiapa saja' kerana ketika itu saya telah ditipu daya, dibohongi dengan helah licik oleh Anwar Ibrahim.

Hari ini telah berulang lagi peristiwa yang sama. Saya amat faham kepada mereka yang terlibat, hanya ada 2 golongan sahaja yang terlibat. Golongan pertama, 'Golongan yang terpedaya oleh manusia 'SIALAN' yang bernama ANWAR'. Saya sama sekali tidak menyalahkan kumpulan ini terutama rakyat biasa dan golongan muda kerana mereka puak yang telah tertipu serta diperalatkan oleh manusia yang tidak takut kepada ALLAH S.W.T. iaitu Anwar Ibrahim beserta keluarganya. Saya juga pernah tergolong didalam golongan ini.

Golongan yang kedua, ialah 'Golongan yang mengambil kesempatan demi kepentingan parti politik mereka' iaitu DAP, PAS dan sekutu-sekutu mereka yang lain. Mereka terlibat semata-mata kerana politik. Sama ada demi kepentingan Parti masing-masing atau kerana kaum tertentu. Bagi saya yang telah mengalami peristiwa ini, saya melihat DAP mempunyai agenda tersembunyi termasuk Parti Gerakan. Ketika peristiwa 13 Mei 1969, krisis kaum berlaku DAP dan Gerakan cukup maklum bahawa selagi adanya ISA, Pasukan POLIS, Tentera yang dikuasai MELAYU, mereka sedar jika berlaku peperangan mereka akan mendapat kesukaran yang amat sangat. Telah puluhan tahun DAP cuba merosakkan nama POLIS, Tentera dan ISA dimata rakyat tetapi mereka gagal terutama kepada orang MELAYU.

Tetapi 10 tahun kebelakangan ini, DAP dan Dalang kaum Cina ini telah berjaya meracuni pemikiran rakyat terutama orang MELAYU kerana ada 'jaguhan SIALAN' seperti Anwar. Sedarkah kita wahai orang MELAYU, jika apa-apa berlaku kepada negara kita, siapakah yang akan menjadi benteng terakhir untuk menjaga keamanan negara jika bukan pasukan POLIS, Tentera dan ISA!! Kaum Cina mereka mempunyai benteng mereka sendiri iaitu Singapura dan negara asing. Mereka akan dibela habis-habisan kerana mereka ini adalah bangsa yang kuat pengaruhnya di dunia. Lihat saja peristiwa 1998 di Indonesia..siapakah yang membantu kaum Cina disana ketika berlakunya rusuhan. Jika bukan Singapura dan Amerika Syarikat? Cuma Indonesia bernasib baik kerana mereka juga negara yang besar, maka negara luar berkira-kira untuk mahu campur tangan secara terang. Tetapi kita di Malaysia, ini sebuah negara yang kecil. Kecil sahaja dan mudah untuk mereka cerobohi. Dan kita pula penduduk MELAYU dan bukan MELAYU tidak banyak perbezaannya dari segi jumlah peratus. Maka terlalu mudah jika kuasa luar ingin campur tangan jika berlaku sesuatu krisis kaum yang melampau.

Kaum Cina di Indonesia terlalu kecil berbanding di Malaysia. Jadi sedarkah kita sebenarnya wahai sidang pembaca, Anwar 'SIALAN' ini sedang meninggalkan 'NERAKA' kepada generasi yang akan datang. Sedarlah rakan-rakanku..apa sebenarnya perjuangan yang hendak dibawa dan diwariskan oleh Anwar 'SIALAN' ini kepada generasi kita yang akan datang. Anwar telah terlalu banyak membuka ruang kepada bangsa Cina dan India untuk berkuasa di dalam negara kita. Sedarlah! Perhimpunan semalam hanya untuk 'SIALAN' Anwar ini bersiap sedia jika dia didapati bersalah di dalam perbicaraan kes 'Saiful'..

Ingatlah saudara-saudaraku, Anwar 'SIALAN' ini sudah tua. Umurnya sudah mencecah 63 tahun, maknanya 'kematian' sudah semakin menghampirinya. Walaupun ajal itu Hak ALLAH S.W.T., tetapi hukum akal berapa lamalah sangat umur Anwar ini. Jika dia ikhlas, kenapa tidak dibuat saja perhimpunan ini di Stadium Shah Alam? kenapa perlu di Tunku Abdul Rahman? Dulu mungkin kerana semua semua negeri dibawah pemerintahan Kerajaan BN, sekarang keadaannya berbeza. Anwar sudah ada Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan..buat aje la di sana, tapi dia tetap mahu buat di Kuala Lumpur. KENAPA dan MENGAPA? Jika kita tanya mereka, dah tentu jawapan mereka hak berhimpun adalah hak rakyat, tetapi ketika dia jadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, dialah orang No. 2 selepas Perdana Menteri mempertahankan ISA, POLIS, Tentera. Dulu tak pernah walau sekalipun dia berusaha untuk hapuskan ISA dan Dasar Ekonomi Baru. Malah dia orang yang turut sama menggubal dasar tersebut..sekarang ni lain pula?

Saya amat bersetuju dengan pandangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kenapa perlu sekarang dia (Anwar) kata UMNO dan dasar Kerajaan tidak bagus? Kenapa tidak semasa dalam UMNO? Ketika pemimpin UMNO, dialah orang yang bertanggungjawab terhadap dasar-dasar yang ada sekarang. Saya juga begitu ketika dalam keADILan. Apa yang betul, dengan lantang saya sebut. Wan Azizah pernah menangis pabila saya mengkritik. Beliau amat membenci saya kerana sering berkata benar dan berterus terang. Begitu juga ketika saya didalam UMNO, saya mengkritik Presiden UMNO dan pemimpin juga dasarnya didalam Perhimpunan Agung Pemuda pada tahun 1998. Saya berucap mewakili Pemuda Perak ketika itu. Belum pernah saya takut untuk mensuarakan kebenaran dan saya bukan seorang pengampu kepada sesiapa. Anwar bukan pemimpin yang boleh ditegur. Saya pernah menegur sikapnya melalui surat saya kepadanya ketika dia berada di penjara.

Bila kita tegur maka dia akan simpan dan dendam kerana dia rasa dia 'HEBAT' dan 'MALAIKAT'. Siapa yang kenal Anwar maka mereka tahulah siapa 'SIALAN' ini. Tapi saya tetap yakin pada ketentuan ALLAH S.W.T.. Yang tidak memberi keizinan untuk Anwar menjadi Perdana Menteri adalah bukan UMNO, bukan rakyat, bukan Sistem, bukan PAS, dan bukan Jin atau Tun Dr. Mahathir..tapi tang tidak memberi keizinan dia menjadi Perdana Menteri adalah ALLAH S.W.T. YANG MAHA ESA DAN PEMILIK SEKELIAN ALAM.

Adalah salah pandangan kita jika kita sebut Anwar tidak jadi Perdana Menteri disebabkan manusia. Jika kita mengaku kita ISLAM, maka yakinlah! pada Qada' dan Qadar ALLAH S.W.T. dan jangan terlalu yakin bahasa Anwar akan menjadi Perdana Menteri. Tidak ada manusia yang akan tahu selepas ini dia akan jadi apa dan jangan menghalalkan semua cara apabila hendakkan sesuatu. Sekian sampai jumpa lagi wahai saudara-saudaraku..Wallahualam

Assalamualaikum W.B.T.



Thursday, July 23, 2009

SELAMAT HARI LAHIR YAB DATO SERI NAJIB TUN RAZAK





Pada malam ini aku telah menghadiri majlis menyambut ulang tahun kelahiran YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke 56. Majlis dimulakan dengan sembahyang maghrib berjemaah, tahalil dan jamuan kesyukuran. Ramai kawan kawan dan sahabat yang hadir untuk memeriahkan majlis ini. YB Dato' Seri Dr Zahid Hamidi menjadi khalifah membaca doa selamat pada malam ini. Semoga YAB Dato' Seri Najib akan terus memberikan kecemerlangan ke arah slogan rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan. Kita doakan impian rakyat Malaysia menjadi kenyataan.

Wednesday, July 22, 2009

MENYAMBUT KEPULANGAN YB MENTERI PERTAHANAN


Pagi ini jam 6 aku berada di KLIA menyambut kepulangan YB Dato' Seri Dr Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia yang baru pulang dari Lubnan. Ramai teman teman yang bersama serta kenalan rapat menanti kepulangan beliau dan datin. Antara nya Dato' Nordin, Ku Kamal, Ishak Baling dan Zain Ariff Kota Tinggi. Selepas bersalam saya wish Welcome Back To Malaysia.

Thursday, July 16, 2009

MENGHANTAR YB MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA

Orang ramai bersalam mengucapkan selamat berangkat kepada YB Dato Seri Dr. Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia


Pada hari ini aku sempat menghantar YB Dato Dr Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia di TUDM Subang. Beliau akan berangkat ke misi BBB di Lubnan bersama 150 orang anggota tentera Malaysia yang di pilih serta terlatih untuk menyertai misi ini. Jarang sekali kita mendengar Menteri Pertahanan berangkat bersama anggota tentera dalam satu penerbangan untu misi bangsa bangsa bersatu. Ini lah kelebihan yang ada pada Dato' Zahid di mana beliau dalam satu misi, MALCON WEST sanggup untuk ke hadapan membawa imej negara di mata dunia dalam siri keamanan bangsa bangsa bersatu. Tahniah kepada YB Dato Zahid, PTAT, KSU dan istimewa kepada semua anggota tentera yang terlibat dalm misi ini. Semoga mereka akan membawa imej negara dengan tahap profesionalisme yang tinggi. Kita doakan mereka selamat berangkat dan selamat pulang ke tanah air. Pengorbanan kaum keluarga anggota yang mengharungi misi ini adalah di sanjung tinggi. Mereka akan berada selama sembilan bulan di Lubnan dan akan menyambut hari raya puasa di sana.

Wednesday, July 15, 2009

"One (1) Malaysia" -- what it means


I propose that the beginning of a successful goal of a One Malaysia nation begin with the dismantling of all race-based political parties. As long as we are organized along racial lines, we will continue to protect each others' interest using the idea of might is right. Our institutions will continue to be built along these lines and our culture will continue to evolve in ways that will enable and disable each other. Our children will continue to learn about better ways not to tolerate each other and how to build walls and cages around us. We will, as citizens, continue to see race and ethnicity -- rather than class or caste -- as obstacles to progress.

Some time ago I wrote the following piece in response to a proposal to introduce a race relations act.

.................

Race Relations Act - why now?



This sounds like a good idea; but after 51 years of independence?

We should have had this act to prevent the emergence of race-based parties and to ensure that all citizens be given equal opportunity and the rights and privileges accorded to them as a result of surrendering their natural rights to the state.

After 51 years of the institutionalisation of ethnocentrism and many times outright racism in terms of allocation of resources, open-secret indoctrinations, and the exploitation of racial and religious issues for political gain, we are now proposing an act to improve race-relations?

I am now puzzled – by the inherent contradictions we are confronting and will continue to confront vis-à-vis this proposed act.

Questions abound

Since the government had asked citizens like me to make suggestions and seek clarification concerning this proposed act, I have the following questions:

How will we judge the existing race-based parties that live and breathe on racial sentimentality to the point of being seditious in their pursuit of hegemony?

malaysians 050905How will this act be used against governmental institutions such as the Biro Tata Negara whose livelihood has historically been based upon making sure that the damaging ideology of Malay (Pseudo) supremacy will forever prevail?

How will this act be used against public-funded educational institutions that promote "Ketuanan Melayu" which is clearly antithetical to our will to teach multi-racial understanding?

How many members of Parliament will be arrested under the Race Relations Act based on the nature of speeches they had given?

How many teachers and public servants will be investigated for using their position to deny their students and clients respectively the rights to be treated equally before the Constitution - rights accorded regardless of race, religion, ethnicity, color, creed, and religious orientation?

How many years of the possibility of multicultural education and intercultural understanding have we lost as a consequence of not having a Race Relations Act way back on Sept 16, 1963 during the formation of Malaysia?

How many racist policymakers in governmental and non-governmental sectors have we produced as a result of no Race Relations Act?

How many racist youth party leaders have we given birth to and how many can we afford to see "cloned" and "artificially inseminated" as a result of the absence of any act that erases racism and curbs arrogance and greed?

How will this proposed act, if passed, abolish the Internal Security Act that has been used to crush amongst others, those who oppose race-based policies and fight for racial and social justice?

How will this act allow for the passage of a new brand of politics – one that sees a truly multiracial party ruling the country and implementing policies based on the philosophy of equality, equal opportunity, excellence and empathy?

vox populi anti isa sept 16 kelana jaya gathering 160908 thiagarajanWe are proposing this act at a time when we arrest our citizens for no good reason and no trial, using the instrument of oppression no longer suitable for an ultra and hyper-modern society such as ours.

We are proposing this out of desperation and out of sync with the mass sentiment of the day; at a time when the Berlin Wall of our Balkanized race relations is crumbling by the day, each brick in the wall ripped off by the power of the digital tsunami.

We are hearing this proposal coming from a race-based coalition government that wants to ensure that the divide and conquer and sub-divide and sub-conquer policies of British colonialism prevail in the filter-funneled minds of our little brown brothers and sisters.

The need to go deeper

Perhaps what we need is not another act to add to the ambivalence of acts such as The University and University Colleges and the Internal Security Acts but to go deeper into our public institutions and ask why we have not progressed much in race relations after all these decades.

We should investigate further how the New Economic Policy itself as a grand Stalinist-inspired programme of national development has contributed not only to the deterioration of race relations but has cemented racism in newer forms – both subtle and open.

university students multiracialWe should investigate how the topic race relations has been taught in our community centers, schools, universities, and other public institutions to see what goes into the mind of our citizens by way of schooling, indoctrination, training, and education – to see what went wrong and what is still not right.

We should examine governmental policies and see if we indeed uncover practices that promote equality, equal opportunity, and empathy in place; policies that ought to have improved race relations, inclusionary, and integrate rather than disintegrate the different races.

This will be a mind-boggling noble proposal for us to contribute ideas. Do we need a new act? Or will a new government with a brand new ideology suffice?

But as peace and justice-loving Malaysians, let us offer constructive ideas to this proposed act.

Let us propose that only a truly multiracial party that has the will, motivation, intelligence and the set of acquired skills should be given the mandate to implement a Race Relations Act. Any communal-based party is too much a contradiction to put their act together on this one.

Konsep Satu Malaysia Mampu Satukan Pelbagai Kaum: Najib

PUTRAJAYA, 1 April (Bernama) -- Pelaksanaan pelbagai program, yang lebih adil dan saksama terhadap semua etnik, selaras dengan konsep 'Satu Malaysia' mampu menyatukan pelbagai kaum di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata pelaksanaan konsep itu akan dilakukan secara teratur dan sistematik bagi memastikan tidak ada kaum-kaum di negara ini yang terpinggir daripada sebarang pembangunan.

Katanya konsep 'Satu Malaysia' ditunjangi oleh dua prinsip utama iaitu sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain dan keyakinan antara satu sama lain.

"Apabila kita sudah menghormati antara satu sama lain bererti kita sudah mempunyai sikap terbuka untuk menghayati konsep perpaduan dalam kepelbagaian.

"Keyakinan antara satu sama lain tidak akan berlaku secara mengejut. Ia harus dibangunkan secara teratur dan bersungguh-sungguh," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pakej rangsangan ekonomi di sini, Rabu.

Menjawab soalan mengenai keadaan masyarakat India yang dikatakan agak terpinggir di negara ini, Najib berkata pertambahan daripada aspek peruntukan dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan adalah antara langkah bagi memastikan pembahagian yang lebih adil untuk semua.

"Polisi-polisi tertentu dan pertambahan peruntukan untuk masyarakat India, seperti bantuan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang diadakan hari ini adalah langkah kerajaan untuk memastikan pembahagian yang lebih saksama.

"Bantuan ini diluluskan bukan kerana pilihan raya kecil tetapi kerana saya mahu pakej rangsangan ini dilaksanakan segera," katanya.

Pada majlis itu, 374 SJKT dari sembilan negeri menerima peruntukan dengan jumlah keseluruhan RM80 juta untuk kemudahan prasarana dan pelaksanaan pelbagai projek mengubah suai dan menaik taraf.

Najib perjelas gagasan Satu Malaysia

BERIKUT adalah sedutan transkrip sidang akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum pertemuan dengan editor media tempatan di kediamannya di ibu negara, semalam.

- Konsep Satu Malaysia tidak boleh disalah ertikan oleh pihak-pihak tertentu umpama pembangkang kata bahawa ia sama dengan konsep ‘Malaysian Malaysia’.

Ia tak sama.

- Di bawah konsep Satu Malaysia ini bererti bahawa kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita.

- Ini bukan bererti kita mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

- Biar kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama. Itu juga pada saya maksud konsep Satu Malaysia.

SAYA telah mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang pertama pagi ini. Antara perkara yang saya telah tekankan pada mesyuarat pagi ini, supaya barisan Jemaah Menteri yang baru dapat memenuhi harapan rakyat yang begitu tinggi, di mana Jemaah Menteri perlu menepati apa yang diharapkan rakyat.

Saya menggariskan empat perkara. Integriti, kebolehan, kesetiaan dan kesungguhan. Kabinet perlu berteraskan kepada Kabinet yang dekat di hati rakyat, mesra rakyat, sanggup turun padang menyingsing lengan dan melakukan perkara yang boleh mengukuhkan lagi kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Saya telah nyatakan dalam persekitaran politik hari ini, rakyat semakin kritikal. Oleh itu, kita tak boleh anggap ini sebagai perkara biasa tetapi mesti mempamerkan barisan kepimpinan yang sanggup melakukan perubahan dan pembaharuan.

Sehubungan ini, saya telah menyatakan betapa pentingnya Jemaah Menteri untuk berurusan dengan semua lapisan masyarakat. Kita tak boleh anggap kerajaan tahu segalanya. Kita perlu membuka pintu kepada dialog dan perbincangan dengan pelbagai kumpulan supaya keputusan yang dibuat kerajaan nanti merupakan keputusan yang benar-benar bersandarkan kepada kehendak rakyat.

Saya juga ingatkan ahli Kabinet supaya tidak dianggap sebagai kerajaan yang memihak kepada mana-mana kumpulan istimewa khusus (special interest group) atau mana-mana badan korporat.

Walaupun amat penting untuk melaksanakan dasar-dasar yang mesra kepada sektor swasta tetapi kesudahannya kita mesti ambil apa-apa keputusan bersandarkan kepentingan rakyat pada keseluruhan.

Saya juga telah menyebut tentang pencapaian yang diharapkan oleh rakyat bahawasanya rakyat tidak mahu mendengar sesuatu yang kita janjikan atau sesuatu diumumkan. Rakyat mengharapkan pelaksanaan secepat mungkin.

Oleh itu, pendekatan KPI akan dilaksanakan di mana pihak Khazanah telah ditetapkan sebagai badan untuk membantu kerajaan menggubal KPI dalam tempoh sebulan. Saya telah berjumpa Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Azman Mokhtar untuk menempatkan bilangan tenaga yang mencukupi untuk melaksanakan penggubalan KPI ini dalam tempoh tersebut.

Di samping itu, KPI ini juga akan melibatkan pembahagian tugas kepada timbalan menteri secara tersusun. Setiap timbalan menteri akan diberi bidang tugas supaya timbalan-timbalan menteri dapat menyumbang kepada tindakan dan pelaksanaan yang dilakukan kerajaan.

Semua menteri akan dinilai prestasi masing-masing dalam tempoh enam bulan. Saya telah tetapkan pada bulan November nanti kita akan lakukan proses penilaian atas prestasi dan pencapaian setiap menteri dan kementerian.

Ada juga pandangan bahawa sesetengah keputusan itu merupakan keputusan yang merentasi beberapa kementerian yang tak boleh dikhususkan kepada satu kementerian sahaja.

Kita akan ambil kira perkara ini. Yakni kalau kita menentukan KPI, ia akan mengambil kira mana yang boleh kita khususkan kepada sebuah kementerian dan mana yang perlu kita ambil kira peranan yang dimainkan kementerian lain.

Dengan adanya sistem KPI ini, saya percaya prestasi kerajaan, pencapaian kerajaan, insya-Allah akan bertambah baik dan berkesan lagi.

Saya juga mengingatkan, bahawa rakyat hari ini mengharapkan pendekatan yang berbeza. Dan kita tidak perlu kepada pendekatan yang terlalu mementingkan luaran (ritual) ataupun kedudukan kita sebagai anggota pentadbiran. Tetapi kita mesti sensitif dengan pandangan rakyat dalam apa juga yang kita lakukan.

Saya bagi contoh, kalau kita hendak promosi pelancongan misalnya Pulau Langkawi. Apabila kita buat papan iklan, tak payahlah kita letakkan gambar Perdana Menteri dan menteri berkenaan sebagai sebahagian daripada kandungan papan iklan tersebut.

Dan kalau ada hari-hari tertentu kita buat sepanduk, banting dan sebagainya, tak payahlah gambar menteri atau Perdana Menteri ditonjolkan.

Kita nak tunjukkan yang kita tak penting kepada perkara seperti ini. Yang penting ialah untuk menunjukkan bahawa kita sebuah kerajaan mesra rakyat dan pentingkan kepentingan rakyat lebih daripada kedudukan dan jawatan yang ada pada kita.

SOALAN: Mengenai penyusunan agensi ada dijelaskan (dalam mesyuarat Kabinet)?

Saya sudah buat keputusan dan JPM akan keluarkan kenyataan. Tidak ada masalah apabila sesuatu kementerian dibubarkan. Misalnya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD). Ini kerana agensinya tetap tidak dibubarkan. Ia ditempatkan di bawah kementerian lain yang akan melaksanakan tugas seperti biasa.

Seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), kita kembalikan agensi itu kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Pada masa dulu, agensi itu di kementerian tersebut juga. Ketika zaman Tun Ghafar Baba, Mara di bawah kementerian berkenaan.

Dan, Menteri Luar Bandar sekarang adalah seorang Naib Presiden UMNO (Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal). Takkan dia tak boleh kita harap, untuk laksanakan program Mara umpamanya. Jadi, saya tak nampak polemik tentang pemansuhan kementerian ini sebagai sesuatu yang patut dijadikan isu. Ini sebenarnya usaha kita untuk mewujudkan kerajaan yang lebih kecil dan efisien.

Ada disentuh mengenai Majlis Penasihat Ekonomi?

Ya, saya ada bayangkan. Tapi perincian termasuk mengenai pengerusinya akan saya umumkan kemudian. Saya terangkan kenapa Majlis Penasihat Ekonomi ini diwujudkan. Saya akan pilih hari lain untuk terangkan.

Apa tindakan selanjutnya jika ada menteri yang berada di bawah tahap memuaskan apabila penilaian dilakukan November ini?

Saya percaya menteri-menteri sedar bahawa masa depan kerajaan bergantung kepada pencapaian mereka berdasarkan KPI. Mereka tahu bahawa mereka mesti ambil serius apa yang patut dilakukan.

Jadi, saya berkeyakinan mereka mampu melaksanakan tanggungjawab yang telah diberi. Penilaian itu bukanlah satu kaedah bersifat pemantauan semata-mata tetapi satu cara untuk membantu menteri-menteri berkenaan jika mereka hadapi hambatan yang kerana keputusan dibuat oleh kementerian yang lain umpamanya.

Jadi kita boleh gunakan masa penilaian itu untuk menyelesaikan kekangan dari segi pelaksanaan dan pencapaian kementerian mereka.

Pihak mana akan melakukan penilaian berkenaan?

Penilaian itu akan dibuat oleh sebuah unit di bawah JPM yang akan menilainya bersama-sama ICU. Mereka akan lihat pencapaiannya. Dan, apabila saya bincang dengan menteri berkenaan, menteri berkenaan akan bentang juga apa yang mereka telah buat.

Sama-samalah kita bincang nanti dan kita tengok apa yang mereka lakukan dalam tempoh enam bulan.

Dahulu kerajaan juga ada sistem report card, tapi nampaknya ia tak berkesan?

KPI ini kita ada sistem. Kalau kita buat satu-satu keputusan, ia mesti didokong oleh sistem yang diwujudkan. Jadi kita sudah wujudkan sistem. Ini bukan saja keputusan tapi disokong dengan sistem.

Sistem itu ialah, pertamanya Khazanah mainkan peranan. Saya sudah wujudkan tuntutan menteri berkenaan di bawah JPM dan ICU akan main peranan.

Jadi kita ambil pendekatan bersistematik. Kalau kita hendak buat sesuatu ia mesti berasaskan sistematik. Jika tidak, ia akan dilihat retorik. Ia mesti didokong dengan sistem yang bersesuaian.

Ini bukan seperti biasa tetapi sesuatu yang berbeza sebab saya sudah janjikan pembaharuan. Saya komited kepada rakyat untuk bawa pembaharuan dan saya serius untuk bawa perubahan.

Boleh komen mengenai rasa kecewa masyarakat India mengenai bilangan dalam Kabinet?

Yang paling penting ialah apa yang kerajaan akan buat untuk komuniti India. Kita akan buat apa yang termampu untuk komuniti India, ini bukan satu isu besar.

Boleh gambarkan suasana mesyuarat Kabinet yang pertama dipengerusikan Datuk Seri hari ini?

Saya rasa elok tanya pada menteri lain tentang apa yang mereka rasa (ketawa kecil). Pada saya ia berjalan baik. Maknanya saya kata, saya punya kesimpulan berilah yang terbaik, sumbanglah yang terbaik untuk negara. Itu mesej utama saya.

Selain itu, saya kata penting untuk mereka mendapatkan kepuasan kerja. Kita pun nak bina semangat kerjasama di kalangan barisan Kabinet. Satu keluarga yang boleh sokong antara satu sama lain. Yang penting kita boleh laksanakan dengan jaya.

SATU MALAYSIA

Setelah 52 Merdeka, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya, adat resam dan fahaman politik memerlukan satu misi bagi memajukan negara secara bersama. Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah langkah yang amat bertepatan dengan suasana dan citarasa rakyat.

Semua rakyat Malaysia perlu menganggap diri mereka adalah bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak dalam satu nada dan satu matlamat. Ciri-ciri demografi seperti negeri, daerah, kaum, agama dan budaya wajar dihindari bagi menwujudkan satu bangsa Malaysia yang berfikiran terbuka serta ingin memajukan negara secara bersama.

kaum11

Perpaduan kaum yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi dengan menganggap kita adalah rakyat Malaysia dan bangsa Malaysia. Keadaan ini akan dapat menwujudkan suasana negara yang aman, harmoni, selesa, keselamatan yang terjamin dan memberi kemakmuran kepada negara. Rakyat perlu memahami bahawa negara yang mempunyai kestabilan politik dan keselamatan yang terjamin akan memberi perkembangan ekonomi yang pesat. Oleh itu rakyat akan dapat menikmati limpahan daripada kerancakan ekonomi negara.

Kini rakyat Malaysia perlu keluar daripada kepongpong yang telah lama membelenggu fikiran dan tindakan yang berunsul perkauman. Kerajaan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Mohd Najib mengajak rakyat berkerja secara bersama untuk membina, memaju serta memantapkan negara tanpa mengira kaum. Negara perlu diutamakan mengatasi segala kepentingan peribadi dan kumpulan masing-masing. Kerajaan akan bersikap adil dan saksama kepada rakyat di negara ini tanpa memingirkan mana-mana kaum berdasarkan kepentingan dan mereka yang layak akan diberi bantuan. Kepentingan bumiputera juga akan dijaga sebagaimana yang terjamin dalam perlembagaan berasaskan kepentingan dan kelayakan.

Nilai-nilai murni seperti hormat menghormati dan saling mempercayai perlu wujud di kalangan rakyat negara ini. Setiap kaum perlu menghindari perasan curiga dan syak wasangka kerana setiap kaum akan mendapat hak dan peluang yang sama. Setiap kaum bebas mengamal dan menganuti agama, budaya dan adat resam masing-masing di samping kaum yang lain perlu menghormati. Fikiran dan tindakan perlu mengatakan bahawa kita adalah rakyat Malaysia, bangsa Malaysia dan bertekad untuk bersama membangun dan memajukan negara di samping sedia mempertahankan negara daripada sebarang ancaman.