Thursday, March 4, 2010
Berita dari Gunong Semanggol
Salam satu Malaysia, Agak lama saya tidak menulis di dalam blog ini sehingga terpanggil untuk meluahkan nya.
Peristiwa yang berlaku kelmarin harus mendapat ikhtibar kepada semua rakyat Gunong Semanggol khusus nya pengundi pengundi dalam kawasan Parlimen Bagan Serai. Dengan keputusan yang di buat oleh YB Mohsin Fadzli Samsuri, Ahli Parlimen Bagan Serai meninggalkan PKR telah memberi hikmah baru untuk kekuatan BN di Bagan Serai meneruskan agenda parti bagi memberi khidmat kepada rakyat. UMNO Bagan Serai harus menerima insiden dan peristiwa ini sebagai satu cabaran baru dengan mengambil sikap proaktif serta menajamkan matlamat bersama usaha yang bersungguh sungguh menerima keputusan YB Mohsin ini sebagai arus baru dalam perkembangan politik Bagan Serai.
Soal lompat parti ini bukan perkara baru dalam rentetan peristiwa semasa politik Malaysia malahan dunia. Apa kejadian sekali pun, hakikat nya ini lah politik. " There's no permanent friends, and no permanent enemies in politic ". UMNO Bagan Serai perlu menyusun program yang lebih efisyen serta berusaha menarik ahli ahli PKR serta pengikut pengikut YB Mohsin untuk bersama dalam merealisasikan aspirasi kerajaan. Sampai lah masa nya mereka menjalankan tugas menanggung amanah untuk melihat rakyat mendapat kesejahteraan hidup di bumi Bagan Serai ini. Anggaplah polemik politik sudah lama berlalu. Apakah kegersangan membelai tugas ini tidak di rasai oleh rakyat? Dalam saya menjalani kehidupan sebagai BYB ini, ramai rakyat yang saya temui meluahkan keluh kesah mereka dengan peristiwa terjadi selepas PRU 12 ini. Ramai daripada mereka yang membuat perbandingan semasa BN memerintah di Bagan Serai.
Malahan ada di antara mereka masih menyebut nama " Abah " yang pernah menjadi Ahli Parlimen BN suatu masa dulu di sini. Kita memahami keadaan kenapa dan mengapa rakyat menolak BN pada PRU 12. Kini UMNO telah pun terhantuk dan terngadah, Nasib nya belum terngadah sebelum terhantuk. UMNO kini bersemangat baru, dengan pimpinan baru, baik dengan gagasan baru " Satu Malysia " yang di ilhamkan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri kita. Harapan baru rakyat Bagan Serai mesti di terjemahkan segera oleh semua peringkat kepimpinan parti. Kita juga bersyukur kerana di anugerahkan dengan seorang Menteri Besar yang komitted serta bijak dalam soal urus tadbir negeri. Sudah pasti segala usaha murni beliau ini tidak boleh di pandang enteng oleh ahli UMNO. Moh ayoh lah kita bersama sama membawa obor semangat baru ini mengorak langkah secara bersepadu dan menzahirkan impian dan cita cita kita.
Ranumnya nangka atas permatang
Buat hidangan masa khenduri
Panas ku sangka sampai ke petang
Rupanya hujan di tengahari
Mama jawab:
Di pinggir hutan limau kasturi
Hinggap sepasang burung jeladan
Biarlah hujan di tengah hari
Panas ke petang menyiksa badan
PANTUN INI ADALAH BUAT RENUNGAN SEMUA YANG MENGHAYATI DENGAN MATA HATI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment