Saturday, June 27, 2009

SATU MALAYSIA RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN



Semoga YAB Dato Seri Najib, Perdana Menteri kita dapat mentadbir negara ini dengan lebih baik. Banyak tugasan yang harus di lihat serta lebih fokus dengan jentera berwajib bagi menyelesaikan masalah rakyat. Rakyat akan menghukum setiap kali pilihanraya, apabila sampai masa yang hak mereka berharga. Padah yang di terima akan kena kepada semua pemimpin politik di bawah payung serta bernaung atas tiket BN. Fokus utama disini adalah harus di lihat akan keberkesanan jentera kerajaan yang mentadbir persekutuan dan negeri. Mereka tidak boleh lagi memikirkan konon mereka di situ adalah atas nilai makan gaji atau pun sikap pasif dengan pandangan serta teguran ahli politik BN. Pengalaman telah mengajar kita dari pilihanraya umum yang lalu. Banyak teguran serta pandangan di berikan, namun pandangan itu hanya seperti melepas batuk di tangga. Pegawai kerajaan harus ada sikap bertanggung jawab serta berpaksi kepada sejarah wujud nya institusi kerajaan. Mana mana pegawai kerajaan yang tidak boleh lagi mempunyai pemikiran sama dengan pucuk pimpinan negara adalah di nasihatkan untuk meletak jawatan kerana masih ramai golongan penganggur yang boleh menjawat jawatan tersebut. Jangan lah mereka menjadi api dalam sekam. Bersyukur lah kepada kerajaan BN yang telah meletakkan batu asas bagi sebuah negara sebegini rupa. Bertaubatlah pegawai kerajaan, Insaflah.........Sahut dan hayatilah amanat YAB PM kita.......

Friday, June 26, 2009

Saturday, June 27, 2009

Tindakan Sultan betul tidak bubar DUN Perak


PUTRAJAYA: Tindakan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak adalah betul kerana dewan itu baru sahaja berumur setahun, kata Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Md Raus Sharif.

Dalam penghakiman 49 muka surat bertarikh 2 Jun yang dikeluarkan hari ini, Hakim Raus berkata bagi membolehkan dewan itu dibubarkan mengikut Artikel 36 (2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak seperti yang dimohon oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, dewan itu perlu menamatkan tempoh lima penggal apabila satu pilihan raya bakal diadakan.

"Faktanya sudah diketahui umum bahawa pilihan umum baru sahaja diadakan setahun lalu," katanya dalam penghakiman bertarikh 2 Jun yang dikeluarkan Jumaat.

Hakim Raus berkata peruntukan yang dipohon Nizar adalah tidak betul apabila memohon supaya dewan dibubarkan.

Dalam penghakimannya, Raus berkata Nizar telah memohon pembubaran itu mengikut Artikel 36, yang adalah peruntukan biasa yang memberi kuasa kepada Sultan untuk memprorog atau membubarkan dewan selepas tempoh lima penggal berakhir.

Dalam penghakimannya hari ini, Raus berkata persoalan Perak mempunyai dua menteri besar tidak timbul dan ini kerana Artikel 16 (6) menuntut bahawa sebaik menteri besar itu tahu beliau tidak mendapat keyakinan di kalangan anggota dewan, beliau sepatutnya mengambil langkah yang terhormat dengan meletakkan jawatan.

"Jika menteri besar enggan atau tidak menyerahkan peletakan jawatannya dan jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan, seperti dalam kes ini, ia tetap kekal bahawa Ahli Majlis Mesyuarat telah dibubarkan (yang termasuk menteri besar) bahawa majoriti angota dewan telah hilang keyakinan terhadap menteri besar itu." katanya.

Oleh itu, Raus berkata oleh itu Sultan tidak perlu untuk menyingkirkan Nizar dan anggota lain majlis mesyuarat kerajaan.

Katanya pelantikan Dr Zambry dibuat mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan amalan demokrasi.

"Sultan Perak, dalam menjalankan kuasa prerogatifnya mengikut Artikel 16 (2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, adalah bebas untuk melantik menteri besar yang lain menggantikan Nizar," katanya.

Raus berkata Sultan, bagaimanapun, mesti melantik seseorang yang mendapat keyakinan majoriti anggota dewan negeri dan dalam kes ini, tidak syak lagi Dr Zambry mendapat sokongan majoriti daripada 31 daripada 59 anggota dewan.

"Keadaan dalam kes ini jelas menunjukkan bahawa pada 5 Feb, Nizar tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada anggota dewan negeri. Surat yang menyatakan sokongan 31 anggota dewan kepada Barisan Nasional telah diserahkan kepada Sultan Perak," katanya.

Dalam penghakimannya, Raus berkata Artikel 16 (6) tidak menunjukkan keperluan mandatori bahawa usul undi tidak percaya yang diluluskan oleh dewan terhadap seorang menteri besar sebelum ia gagal menguasai keyakinan daripada majoriti anggota dewan.

"Sebenarnya apabila seorang menteri besar gagal menguasai keyakinan daripada majoriti anggota dewan boleh ditentukan dengan cara lain. Ia tidak perlu semata-mata bagi undi yang dibuat di dalam dewan," katanya.

Sementara itu, Hakim Ahmad Maarop, yang bersidang dalam kes itu bersama Raus, dan Zainun berkata Nizar mesti meletak jawatan sebaik gagal mendapat keyakinan majoriti anggota dewan dan apabila Sultan enggan memenuhi permohonannya untuk membubarkan dewan.

"Keenganannya untuk meletak jawatannya dan anggota Majlis Mesyuarat kerajaan bukanlah satu pelanggaran konvensyen dan tidak demokratik tetapi lebih penting, ia melanggar arahan perlembagaan mandatori di bawah Artikel 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri dan oleh itu tidak berperlembagan.

"Oleh itu, oleh kerana ia tidak dapat menguasai keyakinan majoriti anggota dewan, ianya tersirat bahawa keenganannya untuk meletak jawatan, anggota majlis mesyuarat kerajaan adalah terbubar dan jawatan menteri besar dikosongkan.".

Ahmad berkata beliau juga berpandangan bahawa kuasa Sultan untuk membuang menteri adalah tersirat semasa menteri besar enggan meletak jawatan walaupun ia gagal mendapat keyakinan majoriti dan Sultan menggantung permintaannya untuk membubarkan dewan.

"Dalam penghakiman saya, keadaan yang dihadapi Baginda di Perak adalah satu-satunya keadaan dan baginda dalam keadaan kritikal telah melaksanakan kuasa perlembagaannya mengikut undang-undang tubuh negeri, yang telah dilaksanakan tanpa ragu-ragu, semata-mata untuk kepentingan rakyat negeri Perak," katanya.

Penghakiman Datuk Zainun Ali pula akan dikeluarkan pada Isnin.

Pada 22 Mei, Mahkamah Rayuan dengan tiga hakim yang bersidang diketuai Raus membenarkan rayuan yang dibawa oleh pesaing Nizar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan memutuskan bahawa Dr Zambry adalah menteri besar Perak yang sah.

Mahkamah Persekutuan dijangka mendengar permintaan Nizar untuk membuat rayuan pada 9 dan 10 Julai.

Mohamad Nizar dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas selepas pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi dalam pilihan raya umum ke-12.

Tidak sampai setahun, mereka kehilangan tiga anggota parti yang mengisytiharkan diri mereka sebagai anggota Bebas dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Sultan Azlan Shah kemudian meminta Nizar untuk meletak jawatan dan melantik Dr Zambry selepas mendapati bahawa BN mempunyai majoriti dalam dewan negeri.

Berikutan itu, Nizar memohon supaya mahkamah mengisytihar dirinya sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan untuk mendapatkan injunksi melarang Zambry daripada melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar. - Bernama

Thursday, June 25, 2009

KOTA BHARU, 25 Jun (Hrkh) - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dianggap tidak terdedah dengan sejarah politik Islam sehingga menganggap PAS sebagai punca perbalahan orang Melayu di negara ini. Iklan

"Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.

"Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular.

Menurutnya, orang Islam kena tengok semula sejarah, adakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajaran dibawanya.

"Kalaulah Nabi Muhammad saw menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah.

"Sedangkan baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah," katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang dianggap kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan bagi menegakkan ideologi politik mereka.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Menteri Besar Kelantan berkata, PAS ditubuh di Pulau Pinang oleh alim ulama yang asal berada dalam UMNO.

Namun katanya mereka keluar daripada UMNO dan menubuh sebuah parti Islam pada 1951.

Beliau juga berkata, UMNO ialah United Malay National Organization yang memperlihatkan parti itu berjuang berteraskan kaum.

"Jadi mengapa dia sibuk dengan kita, sedangkan dia parti Melayu. Pelawalah orang Melayu seramai yang boleh kerana mereka parti orang Melayu.

"Tetapi sekarang mengapa pula orang Melayu sudah ramai yang lari daripada UMNO. Orang Melayu sudah lari kepada PAS, KeADILan dan DAP," tambahnya.

Menurutnya juga UMNO selama ini secara jelas menyebut agama lain dan politik lain dalam perjuangan mereka.

Sedangkan beliau berkata, Islam meminta manusia berpadu sama ada dengan orang Melayu, Cina dan India.

"Kalau perpaduan sebenar biarlah semua kaum dalam BN dan Pakatan Rakyat berpadu," katanya.

Oleh itu beliau meminta supaya mufti terbabit supaya lebih baik menggunakan masa yang berharga untuk mempengaruhi UMNO supaya tukar dasar kebangsaan kepada Islam.

"Berapa sen harga kaum Melayu atau bangsa Arab di Padang Mahsyar kelak. Dalam keadaan PAS masuk Perikatan dahulu lalu dengan dijemput pun PAS ditendang keluar.

"Inikan pula kita yang cuba sorong-sorong kepala. Sebab itu saya tengok sehari dua ini UMNO macam orang gila talak pula," katanya.

Sebelum ini ketika mengadakan pertemuan dengan warga pendidik di Kuala Krai, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut perpaduan hanya diminati antara PAS dan UMNO sahaja dan bukan melibatkan parti lain. - mj_


DIBAWAH INI, KOMEN DARI SAUDARA AKU313!


Ia merupakan satu penghinaan kepada Rasulullah kerana dakwah dan perjuangan Rasulullah tidak sama sekali seperti PAS!

1- Rasulullah berjuang dengan cara berperingkat dan berhikmah. Baginda tidak mencarut atau memaki hamun hatta musuh yang membaling batu atau najis terhadap baginda malah sentiasa berdoa semoga Allah membuka pintu hati mereka terhadap Islam.

-Pas dan Nik Aziz berdoa kehancuran saudara Islam melalui solat2 hajat yang dianjurkan.Mencaci dan mencarut serta memaki hingga mengeluarkan fatwa seperti Tuhan pun Mencarut.


2- Rasulullah menjadi pendamai antara puak2 yang bertelagah dengan cara dakwah yang prosfessional dan penuh adab serta akhlaq.malah Quran juga menyuruh orang2 Islam supaya berkasih sayang dan berlembut dengan sesama saudara dan tegas dengan orang2 kafir.

-Pas dan Nik Aziz menjadikan saudara -Islam UMNO sebagai musuh tradisi tetapi memeluk dan berkasih sayang dengan DAP yang mensyirikkan Allah dan menolak perakuan Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul utusan Allah.


3-Walaupun Rasulullah mempunyai ahli keluarga dan kenalan yang menentang dakwah baginda tetapi baginda tidak pernah hingga mengharamkan hubungan kekeluargaan dengan mereka.

-Ada antara ahli dan pengikut PAS yang sampai sanggup memutuskan silaturrahim dengan saudara mereka malah bersolat dua imam dalam satu masjid kerana berlainan fahaman politik semata-mata.


4- Dakwah Rasulullah berjalan terhadap setiap individu tanpa mengira apa jua fahaman mereka. Para sahabat bergerak dan berdakwah dengan penuh hikmah hingga merantau ke negeri lain semata2 untuk menyebar agama Islam.

-Pas dan Nik aziz syok sendiri di tempat sendiri dan yang hanya tahu nak maki dan mencarut orang serta menghina orang lain.


Terus terang saya katakan, berbanding Nik Aziz dengan guru dan ulama Yemen yang saya kagumi bernama Habib Umar Ben Hafez, sungguh banyak perbedaan ketara antara mereka. Habib Umar sentiasa menerapkan ajaran berkasih sayang antara umat dan menegah pengikutnya dari berakhlaq buruk serta menggunakan kata2 kesat dalam berdakwah. Ramai mengatakan bahawa apabila melihat Habib Umar, teringat mereka akan Rasulullah kerana beliau benar2 dan bersungguh sungguh dalam mengikut semua ajaran Rasulullah serta sunnah baginda dalam kehidupan seharian beliau.Malah beliau juga merupakan keturunan Rasulullah melalui cucu baginda Hussein bin Ali Ibn Abu Talib. Inilah sebenarnya ulama yang layak digelar sebagai pewaris nabi.Bukan kerana beliau berketurunan Rasulullah sahaja, tetapi akhlaq dan kecintaan beliau untuk menyatupadukan ummah datuk beliau melalui jalan hikmah dan bukan kebencian yang menyebabkan ummah kacau bilau.

Tak ingatkah Nik Aziz akan cerita cucu Rasulullah yang bernama Hassan bin Ali ibn Abu Talib? bagaimana kerana ummah beliau sanggup melepaskan jawatan khalifah yang telah dipegang selama 6 bulan walaupun sememangnya beliau yang paling layak dan rakyat pun mahukan beliau? Bukankah sepatutnya Imam Hassan memberontak dan menyerang orang2 yang menekan beliau supaya menyerahkan jawatan tersebut?Tetapi mengapa Imam Hassan melepaskan jawatan khalifah pada ketika itu? Ini semua kerana beliau tidak mahu melihat keadaan ummah yg sedia ada pincang menjadi terus pincang dan rosak!Beliau tidak mahu menjadi penyebab ummah Muhammad SAW terus berpecah hingga membuka jalan luas kepada kafir untuk membunuh Islam dan merosakkan ummat Islam!

Dan beliau rela mengambil jalan di mana tanpa jawatan bekerja untuk meneruskan dakwah dalam memelihara institusi Islam dan ajaran yang di bawa oleh datuk mulianya Rasulullah SAW!Inilah wajah sebenar pewaris Nabi . Mementingkan kesatuan ummah dan bergerak tanpa mencacatkan ummah itu sendiri!!!!

Wednesday, June 24, 2009

ATAP RUMBIA ATAP GENTING


Aku terpaku melihat sejenak keadaan orang Melayu Alor Pongsu yang menjalankan perniagaan di tepi tempat Rehat Alor Pongsu PLUS. Apakah mereka ini berniaga secara haram atau hanya berniaga seperti meminta sedekah? Kepada pihak PLUS bantulah mereka ini. Tak dapat tidak berikan lah gerai yang halal. Mereka juga ingin menikmati kesenangan seperti peniaga peniaga halal di gerai PLUS. Adakah PLUS ini merupakan kerajaan sendiri. Atau dalam bahasa barat, they have their own government. Kepada mereka yang berwajib bantulah sedaya upaya agar pemandangan yang tidak sepatut nya kita lihat tiada lagi.........

Pengumuman Penting!

Pada 25hb Jun 2009 - Hari Khamis, bermula jam 7 malam, di kediaman rasmi MB Perak, akan diadakan solat Maghrib dan kuliah Maghrib oleh Tan Sri Mufti Perak, solat Isyak, Amanat dari Tan Sri Timbalan Perdana Menteri, kemudian diadakan jamuan rakyat, kepada saudara-saudari semua, saya jemput hadir untuk bersama saya menyerikan lagi majlis kita bersama.

Terima Kasih

Dr Zambry Abd Kadir

Monday, June 22, 2009

Jumaat 19 Jun 2009

Nik Aziz Bicara Politik.


AKHIRNYA Mursyidul Am atau Penasihat utama PAS Nik Aziz Nik Mat terpancing dengan provokasi yang dibuat oleh Perdana Menteri Najib bila menyatakan Pas ikhlas dalam isu membincangkan Kerajaan Perpaduan dengan secara terbukanya meminta Timbalan Presiden PAS keluar dari PAS dan mengosongkan kerusi Parlimen Bachok.

Sewajarnya dengan kedudukan beliau sebagai Mursyidul atau penasihat atau terjemahan bebasnya sebagai ‘orang yang dirujuk’. Beliau yang dipanggil Tok Guru yang berprestasi tinggi tadarru (ketabahan iman) dengan beristikhamah, mujahadat menjaga prinsip mulai ukhuwah Islamiyah adalah terlalu sukar untuk dipercayai boleh mengeluarkan kenyataan saperti diktator Hitler itu.

Maka persoalan sekarang sah ke Nik Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar di Kelantan kerana dalam Kitab Al Ahkamus Shulthaniyah karangan Al-Mawardi mengingat syarat menjadi pemimpin termasuk jawatan saperti Menteri Besar, seorang itu harus sihat jasmani dan rohani.

Bagi seorang Tok Guru, tidak ada kemungkinan dia terlupa perilaku Nabi Muhammad SAW bila dia dihina atau dicerca selalu berkata ‘Ya Allah ampunilah mereka, kerana mereka tidak mengetahuinya” . Jika dia berpendapat bahawa perbuatan Timbalan Presiden PAS itu seperti menghina atau tidak mengindahkan pandangan yang tidak bersetuju sebarang dialog dengan UMNO bagi kepentingan umat Islam dan Melayu.

UMNO memang menyedari bahawa prinsip PAS melawan UMNO berdasarkan kepada isu utama yang dinyatakan oleh Presidennya Abd Hadi Awang yang berbunyi lebih kurang.

‘Saudara-saudara sekelian (maksudnya kepada ahli-ahli PAS). Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka’.

Kesimpulan dari ucapan itu bahawa PAS menentang UMNO kerana perinsip agama dan bukannya perinsip kepentingan Melayu dan Negara.

Tetapi hari ini semua orang tahu, apa yang dilakukan oleh PAS yang punya 6 orang ahli DUN Perak. Mereka Bermatian untuk menunjukan bahawa bahawa UMNO atau Barisan Nasional tidak demokrasi dan mendesak dibubarkan Dewan Undangan Negeri. PAS hanya mempunyai jawatan Menteri Besar dan seorang Exco sahaja dengan dikawal oleh 7 orang dari DAP yang beketurunan Cina. Pada pandangan dan sikap PAS bahawa beliau telah berjaya menumbangkan UMNO dengan prinsipnya apa yang dikatakan oleh Presidennya itu.

Maka bertanya orang-orang diatas pagar yang UMNO pun tidak, PAS pun tidak akan ucapan Presiden PAS itu ‘Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.Dimana ucapan ditujukan kepada UMNO. Yang sekarang telah dipersetujui oleh Musyidul Amnya.

Bagi pandangan Nik Aziz Nik Mat, UMNO yang ahlinya 99 peratus orang Islam dan mengucap dua kalimah syahadat yang sama dua kalimah diucap oleh Nik Aziz Nik Mat lebih buruk dan jijik dari puak DAP saperti Karpal Singh dan orang bukan Melayu dalam PKR. Pada pandangan Nik Aziz Nik Mat doa-doa tahlil kematiannya nanti yang dibacakan oleh Karpal Singh dan puak-puak dalam DAP lebih diterima Tuhan dari doa-doa dan tahlil ahli UMNO untuknya.

Bagaimana pun UMNO tidak berapa kisah akan kenyataan Nik Aziz Nik Mat yang tenggelam punca dan arah ini. Apa yang menyedihkan adalah kelakuannya yang akhir akhirnya kemungkinan hukum kharma yang diterimanya sebagai pembalasan apa yang dilakukan seperti penghinaan kepada pemimpin UMNO kerana dia telah mengatasi Tuhan dalam menilai niat seseorang.

Kemungkinan itu agaknya dia menentang arus dalam komsep syura terutama sistem demokrasi. Dia tidak sepatutnya menyelar dengan angkuhnya kepada Timbalan Presiden PAS tetapi sebaliknya dari dulu lagi dia mengajak rakyat bukan sahaja menentang UMNO tetapi menolak demokrasi. Lupakah dia bahawa Islam tidak menerima komsep demokrasi.

Nik Aziz Nik Mat sudah sepatutnya membaca khutbah Jumaat lebih kurang begini:

Ketahuilah, bahwa demokrasi dicetuskan oleh mereka orang-orang kufar. Mereka menganggap bahwa rakyat banyaklah yang memegang kekuasaan dan menjadi sumber kekuasaan. Naudzu billah!! Saudaraku, bukankah Allah telah memerintahkanmu untuk mengembalikan urusan pada Al Kitab dan As Sunnah? Semaklah firman Allah: “Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah” (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. (An-Nisa: 59).

Lalu apakah demokrasi juga mengembalikan permasalahan pada Al Quran dan As Sunnah ketika menyelesaikan permasalahan? Lihatlah dengan jelas, bukankah mereka mengembalikan pada orang terbanyak tanpa melihat bagaimana keadaan orang-orang tersebut? Padahal Allah berfirman, 'Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah). (Al Anam: 116)’.

Pemimpin PAS saperti Mohd Nizar Jamalludin dan juga ahli-ahlinya berbicara ikut suka sesuai hawa nafsunya dengan menggunakan kebebasan yang ditawarkan demokrasi. Mereka beramai-ramai menghujat Kerajaan di depan umum, di podium-podium, media massa dan sebagainya.

Sesungguhnya ini adalah akhlak yang jauh dari tuntutan Nabi yang mulia! Sekarang kita lihat begitu banyak peluang menggunakan platform demonstrasi berdasarkan kepada memperjuangkan pelaksanaan demokrasi. Tidakkah mereka terfikir, bukankah demonstrasi yang telah menanamkan rasa permusuhan kepada Kerajaan, mengganggu keamanan orang ramai dan mengacau ketertiban, melibatkan kaum wanita di jalan-jalan menjadi tontonan dan menjadikan lalu lintas pergerakan orang ramai terhalang sebagai satu ajaran dakwah Islam?

Telah tibanya masa orang Islam hanya mengikut para ulama yang istiqamah yang meniti jalan yang lurus di atas petunjuk Nabi yang mulia, mereka tidak pernah menghalalkan untuk menghujat Kerajaan di depan umum, atau menganjurkan berdemonstrasi, Bahkan andainya pemerintahan begitu zalim, maka Rasulullah S.A.W pun tetap memerintahkan umatnya untuk mendengar dan taat kepada mereka selama tidak bertentangan dengan perintah Allah. Penuhilah hak mereka dan mintalah hakmu pada Allah Taala.

Al Qur'an Al Karim mengisahkan kepada kita contoh yang baik tentang suatu hukum (keputusan) yang berdasarkan musyawarah, aitu kisah Ratu Saba' (Balqis), yang dikejutkan dengan surat Nabi Sulaiman AS yang dibawa oleh burung Hud-hud, lalu ratu itu mengumpulkan kaumnya dan berkata:

"Berkata dia (Bilqis), "Hai para pembesar !, berilah aku pertimbangan dalam urusanku (ini) aku tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan sebelum kamu berada dalam majlis(ku). Mereka menjawab, "Kita adalah orang-orang yang memiliki keberanian yang sangat (dalam peperangan), dan keputusan berada di tanganmu; maka pertimbangkanlah apa yang akan kamu perintahkan.

Dia berkata, "Sesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu negeri, nescaya mereka membina, dan menjadikan penduduknya yang mulia jadi hina; dan demikian pulalah yang akan mereka perbuat. Dan sesungguhnya aku akan mengirim utusan kepada mereka dengan (membawa) hadiah, dan (aku akan) menunggu apa yang akan dibawa kembali oleh utusan-utusan itu ." (An-Naml: 32-35)

Perilaku syura yang bijaksana ini berakhir apabila Ratu Balqis memluk agama Islam di hadapan Nabi Sulaiman AS, sehingga menyebabkan keselamatan dia dan kaumnya dari peperangan yang merugikan dengan demikian mereka memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat

Sang Kelembai: Teringat dengan Hitler bila dia menguasai Parti Nazi, semua orang dia perang dan membunuh Generalnya sendiri.

Saturday, June 20, 2009

Ku sanggup redah ke mana jua demi rakyat!


BERSEDIAKAH para pemimpin UMNO untuk keluar dari kepompongnya dan berkhidmat terus kepada rakyat tanpa protokol dan tindak tanduk birokrasi?

Ini adalah jawapan kepada samada UMNO mampu untuk memenangi hati rakyat serta mengelakkan parti itu dari kecundang pada Pilihanraya Umum 13 nanti. Pemimpin-pemimpin UMNO mesti turun ke padang dan bermain di gelanggang.

UMNO mesti kembali kepada rakyat dan pemimpinnya mesti meniru daripada Almarhum Onn Jaafar, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein, Panglima Bukit Gantang Wahab serta pemimpin-pemimpin lepas yang berperahu dan berbasikal ke kawasan-kawasan pendalaman bagi menakluki “hati dan jiwa” rakyat.

Selama ini, rakyat merasa mereka terpisah dengan pemimpin UMNO yang lebih selesa berkereta pacuan empat roda mewah dari menjenguk rakyat di kawasan-kawasan kampung. Bak kata seorang rakan, Hanafiah Man, editor Agenda Daily, peranan UMNO dahulu dalam mendekati rakyat telah diambil oleh puak dan juak PAS serta PKR.

Pemimpin UMNO tidak mahu lagi menghadiri kenduri-kendara orang-orang kawasan sebaliknya lebih suka berbincang di hotel lima bintang.

Mungkin atas kesedaran ini Dr Zambry Abd Kadir turun ke Telok Medan, Bagan Serai bertemu dan memahami permasalahan rakyat. Sebelum dan selepas beliau merasmikan Program Khidmat Masyarakat Siswa UiTM Seri Iskandar dan Belia 4B Bagan Serai pagi tadi, beliau mengadakan lawatan ke keluarga-keluarga miskin di Teluk Medan.

Ini termasuk menyumbangkan bantuan untuk memperbaiki beberapa buah rumah yang dhaif.

Walaupun pakatan cuba mengambil kesempatan mengibarkan bendera-bendera PAS dan PKR di kawasan-kawasan yang dilawatinya, Dr Zambry tetap terus bertemu rakyat.

“Ini biasa. Depa tak senang hati tengok kita kerja dan ambil berat hal rakyat. Depa hendak kita berpolitik siang-malam macam depa,” katanya apabila ada orang-orang kampung yang meminta maaf kerana pakatan mengibarkan bendera-bendera parti di kawasan itu.

Lawatan ke Bagan Serai ini adalah salah satu program bersama rakyat Menteri Besar bagi memastikan kerajaan negeri dapat memberikan khidmat terus kepada orang ramai tanpa halangan dan sekatan demokrasi.

Ini adalah antara langkah yang diambil oleh UMNO Perak bagi memastikan UMNO keluar dari kepompong lamanya dan membentuk satu imej baru bagi ia terus memahami dan difahami oleh rakyat. UMNO akan hanya mampu mengulangi kejayaan lamanya jika ianya berada dekat di hati dan mata masyarakat.
Keterangan gambar : Dato' Seri Dr Zambry bersama isteri Datin Seri Saripah Zulkifli bermotosikal melawat penduduk kampung di Telok Medan Bagan Serai.

Thursday, June 18, 2009

Friday, June 19, 2009

PERTEMBUNGAN FAHAMAN BERBEZA

Kali ini aku cuba membawa pembaca blog aku untuk berfikir sejenak dan juga membuka minda kita. Politik hari ini memaksa kita untuk berfikir lebih jauh kemana hala tuju masa depan politik dan kuasa orang melayu dan islam di Malaysia. Apa yang cuba aku catatkan berupa pandangan peribadi berdasarkan sembang-sembang dengan kawan-kawan di kedai kopi.
Hari ini isu yang cukup panas dan sentiasa dibincangkan tak kira samada di kedai kopi mahupun diParlimen ialah isu Kerajaan Perpaduan yang jelas memerlukan pengorbanan serta komitmen yang serius dari semua pihak. Apa yang aku nampak Kerajaan Perpaduan ini ialah bagaimana mahu memperkukuhkan kuasa politik di Malaysia terutamanya kepada orang Melayu dan juga agama Islam.
Namun untuk merialisasikan perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah. Tak semudah yang dicakapkan. Aku merasakan Kerajaan Perpaduan ini mestilah bermula dari UMNO dan PAS. Aku kata begitu kerana kedua-dua parti ini yang mendominasi politik Malaysia pada hari ini. UMNO adalah merupakan parti yang menunjangi BN dan PAS teras kepada PR. Aku cukup yakin PAS+UMNO akan mengubah rupa bentuk serta senario politik di Malysia.
Namun seperti aku katakan tadi, bukan sesuatu yang mudah. Banyak cabaran dan halangan yang menanti. Masalah dalaman setiap parti merupakan halangan yang perlu diselesaikan untuk melihat Kerajaan Perpaduan ini dapat dilaksanakan.
UMNO dianggap sebagai sebuah parti Melayu dan PAS pula sebagai parti Islam. Sebenarnya inilah agenda tersembunyi musuh-musuh yang tanpa kita sedari sedangkan yang islam itu melayu dan yang melayu itu islam secara asasnya. Namun ini yang telah berjaya dipisahkan oleh musuh kita dan inilah faktor utama yang menyebabkan kita melayu dan islam terpecah dua sedangkan kiblat kita sama.
Faktor lain juga ada. UMNO juga mempunyai masalah dalamannya sendiri. Politik berpuak wujud dalam UMNO. Walaupun UMNO parti melayu tapi ada melayu jawa, banjar, bugis, pattani dan bumiputra Sabah. Sudah pasti perbezaan yang ketara berlaku antara melayu dalam UMNO. Ini adalah agenda musuh kita yang mencipta sistem demokrasi yang menggunakan kaedah'pecah dan perintah'. Selagi kita mengamalkan sistem ini, pasti perpecahan akan terus berlaku.
PAS juga tak terlepas dari sistem ini. Kita dapat lihat dalam muktamar yang baru berlalu. Dengan sistem ini, PAS telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan sebenarnya apa yang berlaku dalam PAS lebih bahaya dari apa yang berlaku dalam UMNO. Aku katakan begitu kerana dalam PAS perpecahan melibatkan fahaman agama. Wujudnya tiga kumpulan besar yang cuba menguasai parti PAS dengan fahaman agama yang berbeza. Kumpulan ini adalah kumpulan yang telah berjaya dicipta bagi memastikan Islam itu juga berpecah.
Sebenarnya ia bukan hanya sebagai sebuah kumpulan tetapi lebih kepada fahaman. ARDOGAN membawa fahaman Islam yang libral manakala terdapat fahaman Syiah dan Wahabi dalam PAS selain Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Akhirnya aku cukup yakin Kerajaan Perpaduan ini dapat direalisasikan dengan meletakkan kepentingan Islam sebagai keutamaan dan dengan wujudnya Kerajaan Perpaduan akan menjadikan Malaysia lebih dihormati dan lebih digeruni samada dari dalam mahupun luar negeri. Untuk mencapai cita-cita ini semua orang Melayu dan Islam mesti bersatu dan bekerjasama dan sebagai seorang Islam wajib bagi kita berdoa memohon kepada ALLAH swt agar perkara ini dapat menjadi kenyataan, INSYAALLAH...


Ini hanya sekadar pendapat peribadi aku sahaja....

Saturday, June 13, 2009

Wednesday, June 10, 2009

MB DATANG SEMUANYA BERES

Semalam Pegawai Daerah dan Ketua-ketua Jabatan Daerah Batang Padang menunjukkan skil luar biasa, memberikan jaminan akan menyelesaikan segera setiap masalah rakyat, setelah rakyat mengemukakan masalah itu kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir. Ternyata matlamat Menteri Besar turun padang dalam siri program Sehari Bersama Pelanggan mencapai kejayaan luar biasa.

Setelah selesai menyampaikan ucapan kira-kira setengah jam, Dr. Zambry terus membuka majlis untuk rakyat bertanya apa juga perkara yang menjadi masalah mereka. Sesi soal jawab ini berlangsung selama lebih dua jam, dan selama itulah Dr. Zambry berdiri di hadapan rostrum. Bermula dari masalah kuari yang beroperasi berhampiran taman perumahan di Kota Malim Prima sehinggalah soal hak milik tanah di Jalan Ulu Slim yang sudah berpuluh tahun menunggu kelulusan. Nampak gayanya, semua akan beres.

Aneh sungguh, masalah sama yang diperjuangkan oleh wakil-wakil rakyat sejak bertahun-tahun telah dapat diselesaikan hanya dalam tempoh 3 jam. Sudah hampir kering air liur, bergantang dakwat dan sebabun kertas surat digunakan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat, rupa-rupanya masalah itu sekelip mata selesai dengan kehadiran Menteri Besar! Sebahagian besar masalah yang dikemukakan rakyat terhadap MB telah dapat diberikan akujanji oleh Pegawai Daerah dan Ketua-ketua Jabatan untuk diselesaikan seberapa segera yang mungkin. Maka seronoklah rakyat. Rahmatlah kehadiran MB bagi mereka.

Tidak dinafikan masih banyak masalah rakyat yang belum selesai, khususnya berkaitan tanah. Salah satu puncanya adalah sikap sebilangan kakitangan kerajaan yang tidak memberikan sepenuh perhatian bagi menyelesaikan segera aduan dan permohonan rakyat. Mereka mahu menunggu kehadiran Menteri Besar!

Bukanlah menghairankan wujudnya sikap negatif di kalangan sesetengah ketua jabatan dan kakitangan kerajaan terhadap wakil rakyat. Sikap memperlekehkan surat-surat sokongan wakil rakyat sering berlaku, sehingga wujudnya penimbunan fail di atas meja dan di dalam laci. Itu belum diambil kira yang dibakulsampahkan.

Selaku wakil rakyat, kehadiran individu sama membawa masalah yang juga sama beberapa kali ke pejabat bukanlah sesuatu yang asing. Apabila surat sokongan wakil rakyat tidak dilayan oleh jabatan kerajaan, maka rakyat akan merujuk semula masalah itu kepada wakil rakyat. Wakil rakyat membuat follow-up secara menelefon dan menulis surat ingatan, itupun selalunya tidak memberi apa-apa kesan.

Ada kes tanah yang berlarutan sehingga berpuluh-puluh tahun tidak dapat diselesaikan, sedangkan wakil rakyat sudah bertukar ganti. Malahan Ketua Penolong Pegawai Daerah (CADO) yang berperanan selaku Pentadbir Tanah juga sudah bertukar dari seorang ke seorang yang lain. Borang permohonan tanah yang diisi oleh rakyat dan surat sokongan wakil rakyat yang mulanya berwarna putih menjadi lapuk berkulat sehingga kekuningan akibat terlalu lama dibiarkan tanpa sentuhan. Mereka hendak menunggu kehadiran Menteri Besar!

Inilah yang saya bangkitkan semasa membahaskan ucapan terima kasih atas Ucapan Dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Sudah tiba masanya kakitangan kerajaan mengubah sikap. Perubahan yang hendak dibawa oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak mencakupi segenap sudut, bukan semata-mata perubahan di kalangan orang politik sahaja. Kakitangan kerajaan merupakan antara mereka yang berada di benteng hadapan bagi memerangi masalah rakyat. Sudah tiba masanya mereka turut dipersalahkan, bukan lagi menunggu hukuman rakyat terhadap parti pemerintah setiap kali pilihanraya.

Ucapan Dr. Zambry siang tadi amat berterus terang dan sudah pasti dapat memuaskan hati rakyat. Rakyat tidak perlu lagi takut untuk berhadapan dengan Pegawai Daerah, Ketua-Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai kerajaan. Yang penting bagi rakyat adalah memastikan masalah mereka dapat diselesaikan mengikut waktu yang munasabah. Ingatan Dr. Zambry kepada kakitangan kerajaan pula adalah supaya mereka segera memproses permohonan rakyat.

Janganlah menunggu sehingga Tuanku Sultan atau Menteri Besar turun ke padang baru masalah itu cepat-cepat diselesaikan. Wakil rakyat adalah wakil kepada rakyat dan wakil kepada Tuanku Sultan dan Menteri Besar.

Dari rakyat, kepada rakyat dan untuk rakyat.

video
UCAPAN DR. ZAMBRY DI SLIM RIVER
komen-komen yang membina untuk dikongsi bersama...sekian...

Tuesday, June 2, 2009

Bencana Umat Islam - Mufti Perak


Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak

Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat".

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.

Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana umat Islam
Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah daripada Mahkamah Syariah.. Lan taran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:

i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai..
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripada Islam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta , peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.

Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.

Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme
Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.

Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:

1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.

Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia
Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.

Serangan pemikiran.
1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.

2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi.. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.

Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia .. Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.

Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.

Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.

Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.

Harap kepada siapa?
Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu Muslim.

Allah S.W.T berfirman:
"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-peringat an Daripada Allah S.W.T.
Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain.. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.

Demikian, sedikit ringkasan.. Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria

Mufti DiRaja Negeri Perak


Jika anda masih seorang Islam tolong sampaikan kepada seramai umat Islam demi kepentingan Islam dan survival generasi akan datang..

KEM SUKARELAWAN NEGERI PERAK











Saudara Hamdan Taha, Pegawai Khas Menteri Besar Perak yang mewakili YAB Menteri Besar Perak telah menghadiri Majlis Perasmian Penutup Kem Sukarelawan Negeri Perak bertempat di Kem Dato Sagor, Kampung Gajah Perak hari ini 12 Jun 2009 jam 10.30 pagi. Seramai 65 orang peserta dari seluruh Parlimen Perak telah menghadiri kem tersebut.

Thursday, June 11, 2009

Wednesday, June 10, 2009

‘Mogok Lapar’ Ditolak Oleh Islam - Bekas Mufti Perlis

Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara (the ends do not justify the means). Apa sekalipun hasrat baik tidak boleh dihalalkan dengan cara yang tidak diterima oleh syariat. Mogok lapar adalah satu penyeksaan diri sendiri yang mempunyai ‘nilai ketidakcerdikan’ yang amat sangat.


Memang, pada zaman Nabi ia pernah dibuat oleh ibubapa kuffar Quraish bagi membantah anak-anak mereka menganut Islam. Namun itu adalah kebodohan kaum Quraish. Para Nabi a.s. dan pengikut mereka telah menentang berbagai sistem dan kezaliman, tiada seorang pun di kalangan mereka yang melancarkan mogok lapar. Allah tidak pernah mensyariatkan hal itu sama sekali.
Mungkin Gandhi pernah menjadi contoh dalam hal itu. Tetapi tidak para pejuang Islam. Jika ada pun seseorang berpuasa dengan cara yang diajar oleh Allah dan RasulNya. Bukan untuk membantah sesiapa, tetapi mendekatkan diri kepada Allah. Itupun dilarang ‘wisal’ dalam puasa, maksudnya berterusan tanpa buka setelah masuk waktu berbuka.



Malanglah, jika umat Islam terpengaruh dengan pendekatan yang bukan Islamic, bukan memperkenalkan kematangan pemikiran Islam. Jika seseorang mati dalam mogok lapar, ia termasuk dalam hukum membunuh diri. Ini seperti dalam hadis al-Bukhari, dalam sebuah peperangan, ada seorang pejuang telah berjuang dengan hebat sehingga dia dipuji oleh para sahabat. Nabi memberitahu mereka dia ahli nereka. Mereka hairan. Namun apabila diperiksa didapati dia membunuh diri kerana tidak sabar atas kecederaan yang dialaminya.


Dengan itu, bagi saya jika ‘pejuang mogok lapar ’ mati dia termasuk dalam hadis ini. Orang politik mungkin menghalalkan apa sahaja untuk politik mereka, tetapi para pejuang prinsip hendaklah berpegang kepada prinsip tanpa mengira siapa pun”

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Hari Jumaat bersamaan 12 Jun 2009, YAB Dato' Seri Menteri Besar Perak akan bersama rakyat disekitar Ipoh di Masjid Pasir Putih untuk majlis Qiamullai. Semua bloggers,rakyat dan umat islam dijemput hadir.
Program akan bermula dari waktu Maghrib dan berakhir selepas Solat Subuh. Tolong war-warkan!!!

Tuesday, June 9, 2009

PANTUN UTK ORG SEMANGGOL

UNTUK APA MENUMBUK PADI
BERAS BERGANTANG ADA DI KOTA
UNTUK APA MENABUR BUDI
ORANG TAK PANDANG SEBELAH MATA

PETIKAN ZAHRIN

Selasa 09 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan, Siapa Rugi?

MUKTAMAR PAS Ke 55 sudahpun berlalu. Kemenangan Nasharuddin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden PAS adalah kemenangan ahli-ahli Pas yang berfikiran waras melawan fikiran-fikiran yang tidak siuman.

Jika Nasharudin Mat Isa hendak disingkirkan sebagai Timbalan Presiden PAS kerana gagal meletakkan PAS sebagai sebuah Parti Islam ianya wajar disokong oleh orang yang waras serta termasuk dari kalangan yang tidak siuman.

Tetapi beliau hendak disingkirkan bukan kerana itu tetapi kerana khabarnya beliau mengadakan pertemuan dengan pemimpin UMNO yang menjurus untuk membincangkan soal kepentingan Islam dan Melayu.

Ada setengah orang melihat usaha itu akan menghalang cita-cita seseorang untuk menjadi Perdana Menteri dan digunakanlah satu ekor keldai yang sedia memikul biawak hidup untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden bagi menyingkirkan Nasharudin. Kalau Nasharudin disingkirkan maka berakhir usaha itu dan isyaratnya kepada Haji Hadi Awang supaya jangan memandai-mandai berbuat sesuatu tanpa kelulusan Musyidul Amnya.

Beberapa pemimpin PAS dari Mursyidul Amnya sehinggalah membawa kepada beberapa nama telah menyerang usaha itu termasuk dari yang bergelar ustaz dan ustazah - sudah pasti di dalam Pas, jika bergelar Ustaz dan Ustazah, mereka tentu lebih arif dalam soal agama. Dan jika gelaran itu diberi secara suka-suka, maknanya PAS memperolok-olokkan gelaran tersebut kerana dalam masyarakat Melayu, gelaran itu bukan perkara suka-suka macam pemberian gelaran Datuk.

Sebenarnya isu atau gagasan itu tidak menguntungkan UMNO. Lebih banyak rugi dari untung. UMNO yang akan tersepit dalam isu Kerajaan Perpaduan seperti yang dicadangkan dan bukanlah Pas yang akan menerima padah ataupun kesannya.

Kenapa tidak? Jika berlaku Kerajaan Perpaduan ini akan memberi pengertian bahawa UMNO terpaksa melepaskan satu negeri lagi iaitu Kedah kepada PAS setelah Kelantan. Jika berlaku kekosongan kerusi, BN tidak akan bertanding kerana menghormati perjanjian yang akan dibuat.

Apa yang diterima oleh UMNO hanya satu kekuatan majoriti di dalam Parlimen yang mana mereka akan memiliki kuasa dua/pertiga semula bilamana 23 orang ahli PAS berada dalam Kerajaan Perpaduan PAS/Barisan Nasional tetapi Barisan Nasional akan tetap sebagai pembangkang di peringkat negeri yang dikuasa oleh PAS atau Pakatan Rakyat dan begitu sebaliknya peranan PAS di negeri yang dikuasai oleh UMNO atau Barisan Nasional

Cara sedemikian telah berlaku dalam politik Malaysia sama ada di Sabah dan Sarawak dan pernah terjadi sekejap di Kelantan.

Umno dan PAS sama-sama tahu bahawa keputusan PRU ke 12 bukan satu keputusan yang berkekalan dan ianya akan berubah pada setiap lima tahun.

Di pihak UMNO , mereka amat mengetahui kekalahan PRU Ke 13 adalah kerana faktor Abdullah Hj Ahmad. PAS juga amat mengerti kemenangan mereka tempoh hari kecuali di Kelantan ialah kerana orang-orang Melayu tidak senang atau pun cara menolak atau menyingkirkan Abdullah Hj Ahmad dari jawatan Perdana Menteri kerana tindakannya banyak yang merugikan negara dan Melayu dan bukan Melayu pula mengambil kesempatan di atas kelemahan Abdullah Hj Ahmad ini yang lebih mengutamakan tiga ‘K’nya ia itu Krupsi, Kroni dan Keluarga.

PAS bernasib baik mendapat seorang Presiden yang berpengalaman dan dapat membaca apa yang akan berlaku dimasa depan.

Sebenarnya dari jumlah 27 juta rakyat di Malaysia, yang layak mengundi hanya 9 juta tetapi sah keluar mengundi hanya berjumlah 7 juta orang pada PRU 2008. Ini jelas menunjukan bahawa UMNO masih dominan dengan jumlah undi yang diterima melebihi 4 juta orang dan PAS hanya memperolehi 1.1 juta sahaja pengundi secara langsung, jika dibandingkan undi DAP dan PKR yang memperolehi 2.5 juta undi, PAS masih rendah jumlah pengikutnya.

Maka perangkaan yang dikeluarkan oleh SPR-Suruhanjaya Pilihanraya secara rasminya jika melihat kesan Pru ke12, kerusi yang kalah banyak adalah di kawasan bukan Melayu yang membuktikan orang Melayu masih lagi mengundi UMNO walau pun calonnya bukan Melayu. UMNO masih ada kekuatan dengan 4 juta penyokong atau 51% secara single parti dan bukan secara campuran dalam Pakatan Rakyat.

Bila ada sesetengah orang didalam PAS tidak berfikiran saperti Hj Hadi Awang yang tahu bahawa kemenangan sekarang tidak menjamin PAS boleh berterusan untuk selamanya disebabkan oleh jenis pengundi nomad iaitu berpindah randah mengikut isu semasa dalam PRU atau PRK yang berjumlah 2 juta orang.

Pas sudah melihat kesannya semasa PRU 1999, mereka dapat merampas Trengganu dari BN atas tindakan pengundi nomad dan sesetengah undi UMNO yang tidak suka kepada Wan Mokhtar Ahmad tetapi dalam PRU 2004, PAS gagal menguasai Trengganu semula dan begitu juga PRU 2008.

Lagi pun pemimpin tertinggi PAS sudah menyedari kesan tindakannya Parti PAS yang punya 6 kerusi di Perak akhir-akhirnya ini bila melihat Mohd Nizar Jamaludin saperti hilang kawalan mengambil tindakan menjadi ayam sabungan kepada DAP dan PKR.

Tindakan Mohd Nizar Jamalludin itu hanya disokong oleh fasis PAS tetapi bagi pengundi nomad dan yang berjiwa nasionalis Melayu serta Islam, mereka sudah nampak bahawa PAS sudah menyeleweng dari perjungan asal mereka..

Perjuangan asal PAS sebenarnya untuk Melayu, kerana didalam dunia hanya bangsa Melayu sahaja yang dikaitkan dengan agama. Setiap orang Melayu di Malaysia mesti beragama Islam, jika tidak beragama Islam, dia tidak Melayu dan hanya di dalam kumpulan bumiputra.

Bila UMNO berjuang untuk Melayu bererti Parti itu juga berjuang untuk Islam, Itu sebablah Palestin tidak berjaya dalam perjuangannya di bumi Palestin kerana bangsa Palestin tidak semestinya Islam, begitu juga bangsa Arab, tidak semuanya Islam. Malah jika dia Yahudi atau Kristian dia tetap Bangsa Arab.

Sebab itu usaha PAS untuk menyamakan perjuangan UMNO dengan Assabiyah tidak diterima dan gagal kerana UMNO walau pun dilihat berjuang untuk Melayu tetapi di dalam Melayu itu ada Islam. Dan Pas mengunakan pendekatan UMNO itu kafir juga tidak dapat diterima kerana UMNO bukan ada nyawa, mereka hanya satu organisasi. Jika UMNO kafir bagaimana pula sikap PAS terhadap demokrasi? Ada setengah pihak yang berkelulusan Al-Azhar mengatakan demokrasi itu haram kerana tidak Islamik tetapi kenapa PAS tidak menolak sistem demokrasi?

Cara terbaik yang diperbuat oleh PAS supaya partinya tidak menerima nasib saperti di Trengganu adalah dengan mencadangkan Kerajaan Perpaduan berasaskan kepentingan Melayu dan Islam, mereka cuba memperlihatkan apa sekali pun yang dilakukan oleh PAS dalam tindakan politiknya, kepentingan politik melayu adalah diberi keutamaan.

Seperkara lagi yang perlu di ingat, UMNO hanya boleh dihancurkan atau dimusnahkan jika ada Parti lain yang lebih Melayu daripada UMNO dan PAS yang berfikir akan menggantikan tempat UMNO sebagai juara Melayu akhirnya akan hanya sekadar menggigit jari. Cuba perhatikan kenyataan-kenyatan DAP dan PKR atas cadangan itu. Jika PAS terus menyerang UMNO dan di peralatkan oleh DAP menghancurkan UMNO, PAS mesti mengambil tanggungjawab penyebabnya Melayu hilang kuasa.

Bagi UMNO akan terus kekal memperjuangkan kepentingan Melayu dan merangkumi kepentingan agama Islam. Tetapi mereka tidak akan membenarkan kepentingan Melayu akan terhapus kerana kekuasaan. Oleh itu gagasan yang diperbuat oleh PAS pada sudut pandang UMNO ianya satu tindakan positif.

Jika pemimpin parti kompenan yang lain cuba hendak bermain isu perkampungan dalam perjuangan politik bagi mendapatkan sokongan, pengajaran terbaik ialah UMNO memberikan sokongan kepada gagasan itu walaupun ada kerugian dari moral partinya tetapi ianya menguntungkan orang Melayu dan agama Islam dalam jangka panjang
Maka terserahlah kepada pengundi bukan Melayu khasnya mereka-mereka yang chauvinis menyokong DAP dan PKR, jika gabungan kuasa Melayu ini bersatu.

Keputusan PRU ke 12 sudah cukup mengajar kesetian mereka dan jelas mereka tidak berterima kasih kepada Barisan Nasional khasnya UMNO yang selalu berkompromi dalam beberapa isu yang merugikan sokongan orang Melayu kepada UMNO.

Dan jika mereka menerima padah dan akibat dari segi penyatuan Melayu, mereka tidak sewajarnya menyalahkan UMNO dan juga PAS. Salahkan diri mereka sendiri kerana tangan mereka sendiri yang menebang pokok tempat mereka berteduh selama ini.

Sang Kelembai: Ada sebuah cerita tentang orang Amerika yang berkata "I am Rambo" ketika tepat menembak sebuah epal di atas kepala seseorang, lalu orang Inggris berkata "I am Robin Hood" ketika tepat pula memanah epal tersebut dan terakhir orang Melayu dari Malaysia berkata "I am Sorry" ketika ternyata ia salah sasaran membaling tombak ke kepala yang diletakan epal di atasnya,

Monday, June 8, 2009

WAJIB BACA!!!

Reid Commission - The Original Document!

POLITICAL TESTAMENT BETWEEN UMNO, MCA & MIC





Diatas adalah dokumen yang asal Suruhanjaya Reid!

Dibawah ini pulak petikan artikel dari blog Chedet bertarikh July 12, 2008.

1. Before there was Malaya and Malaysia the peninsular was known as Tanah Melayu, or Malay Land.

2. Saying this alone would result in accusations of being racist.

3. But I need to go back in history if I am going to be able to explain about Malaysia's social contract.

4. Through treaties signed by the Rulers of the Malay States of the Peninsular the British acquired the right to rule the Malay States. These treaties obviously recognised and legitimised the States as Malay States. No one disputed this. Even the aborigines accepted this as shown by their submission to the rule of the Malay Sultans.

5. Initially the peoples living in the States were divided into indigenous Malays and aborigines who were subjects of the Malay rulers and foreign guests who were not subjects of the rulers. There were no citizenship or documents about citizenship status as in most countries.

6. The foreign guests prospered in the British ruled Malay States and in the British colonies of Penang, Malacca and Singapore. The Malay subjects of the Rulers and the Rulers themselves did not feel threatened by the numbers of these non-Malays and the disparities between the general wealth and progress of the foreign guests and the subjects of the Rulers. They did not think that the foreigners who had settled in the country would ever demand citizenship rights.

7. When Japan conquered the Malay States and the colonies of the Straits Settlements, the Chinese felt insecure as the Japanese were their historical enemies.

8. Many Chinese formed and joined guerilla forces and disappeared into the jungle. When Japan surrendered the Chinese guerillas came out and seized many police stations in the interior and declared that they were the rulers of the country. They seized many people, Chinese and Malays and executed a number of them.

9. Malay villagers retaliated by killing the Chinese in the rural areas. Tension rose and a Sino-Malay war was only averted because of the arrival of British forces. But the ill feeling and animosity between the two races remained high.

10. It was in this tensed situation that the British proposed the Malayan Union which would give the "guests" the right of citizenship as indistinguishable from that of the Malays.

11. The Malays rejected the Malayan Union and its citizenship proposal. They forced the British to return to the status quo ante in a new Federation of Malaya.

12. Only Chinese who were British subjects in the colonies of the Straits Settlements were eligible to become citizens in this new Federation. Naturally the Malay citizens far outnumbered the Chinese Malayan citizens.

13. Chinese leaders appealed to the British, who then persuaded the UMNO President, Dato Onn Jaafar to propose to open UMNO to all races. This proposal was rejected by the other UMNO leaders and Dato Onn had to resign.

14. The British kept up the pressure for the Malays to be more liberal with citizenship for non-Malays.

15. Tunku Abdul Rahman, the President of UMNO decided on a coalition with MCA (Malaysian Chinese Association) and the MIC (Malaysian Indian Congress). In the 1955 elections to the Federal Legislative Assembly, since there were very few constituencies with Chinese or Indian majorities, the MCA and MIC partners had to put up candidates in Malay majority constituencies after UMNO undertook not to contest in these constituencies but to support MCA Chinese and MIC Indian candidates instead.

16. Such was the support of the Malays for the MCA and MIC alliance candidates that they won even against Malay candidates from PAS. The MCA and MIC candidates all won. Only UMNO lost one constituency against PAS.

17. The Tunku as Chief Minister of a self-governing Federation of Malaya then decided to go for independence. The British continued to inisist on citizenship rights for the Chinese and Indians as a condition for giving independence.

18. To overcome British resistance to independence and to gain the support of the Chinese and Indians, the Tunku decided to give one million citizenship to the two communities based purely on residence. One notable new citizen was (Tun) Leong Yew Koh, a former general in the Chinese National Army who was later appointed Governor of Malacca.

19. It was at this stage that the leaders of the three communal parties who had formed the Government of self-governing British Federation of Malaya, discussed and reached agreement on the relationship between the three communities in an independent Federation of Malaya.

20. It was to be a quid pro quo arrangement. In exchange for the one million citizenships the non-Malays must recognise the special position of the Malays as the indigenous people. Certain laws such as the pre-eminence of Islam as the state religion, the preservation of Malay reserve land, the position of the Malay Rulers and Malay customs and the distribution of Government jobs were included in the understanding.

21. On the question of national language it was agreed that Malay would be the national language. English should be the second language. The Chinese and Indians could continue to use their own languages but not in official communication.

22. Chinese and Tamil primary schools can use their languages as teaching media. They can also be used in secondary schools but these have to be private schools.

23. For their part the Chinese and Indian leaders representing their parties and communities demanded that their citizenship should be a right which could not be annulled, that they should retain their language, religion and culture, that as citizens they should have political rights as accorded to all citizens.

24. Much of these agreements and understandings are reflected in the Federal Constitution of Independent Malaya. For everything that is accorded the Malays, there is always a provision for non-Malays. Few ever mention this fact. The only thing that attracts everyone's attention and made a subject of dispute is what is accorded the Malays and other indigenous people.

25. Thus although Malay is to be the National Language, Chinese and Tamil can be used freely and in the Chinese and Tamil schools. In no other country has there been a similar provision. Even the most liberal countries do not have this constitutional guarantee.

26. The national language is to be learnt by everyone so that Malayan citizens can communicate with each other everywhere.

27. It was understood also that the Chinese language referred in the understanding were the Chinese dialects spoken in Malaysia, not the national language of China. Similarly for Malayan Indians the language was Tamil, not Hindi or Urdu or whatever became the national language of India. However, the Chinese educationists later insisted that the Chinese language must be the national language of China i.e. Mandarin.

28. The official religion is Islam but other religions may be practised by their adherents without any restriction. As the official religion, Islam would receive Government support. Nothing was said about support for the other religions. The non-Malays did not press this point and the Federal Constitution does not mention Government support for the other religions. Nevertheless such support have been given.

29. A quota was fixed for the Malayan Civil Service wherein the Malays would get four posts for every one given to Chinese or Indians. However it was recognised that the professional post would be open to all races as it was never thought possible there would be enough Malays to take up these posts.

30. The result was that in the early years of independence there were more non-Malays in Division 1 than Malays.

31. The Agong or the Rulers of the States should determine quotas of scholarships and licences for Malays. But no one should be deprived of whatever permits or licences in order to give to Bumiputras.

32. The position of the Malay Rulers was entrenched and could not be challenged. There would be a Paramount Ruler chosen from among the nine Rulers who would serve for five years.

33. The rulers were to be constitutional rulers. Executive power was to be exercised by elected Menteris Besar, Ketua Menteri (Chief Minister) and Prime Minister, assisted by members of councils and cabinets. The British practice was to be the model.

34. The most important understanding was the adoption of Parliamentary Democracy with a Constitutional Monarch, again after the United Kingdom model. It should be remembered that the British imposed an authoritarian colonial Government on the Malay State, the power resting with the Colonial Office in London.

35. Before these the Malay States were feudal with the Malay Rulers enjoying near absolute power. Only the elites played a role in State politics. The Malay subjects had no political rights at all. Certainly the guests had no say in politics. Even the Chinese and Indian British citizens had no say though they may be appointed as Municipal or Legislative Councillors.

36. The decision to adopt a democratic system of Government was a radical step in the governance of the Federation of Malaya and of the Malay States. This was agreed to by the leaders of the three major communities as represented by their political parties i.e. UMNO, MCA and MIC. There can be no doubt that these parties represented the vast majority of the three communities in Malaya. The Communists and the other leftists did not signify their agreement to the understanding.

37. The Reid Commission was briefed on all these agreements and understanding so that they will be reflected in the Constitution to be drawn up. All the three parties approved this Constitution after several amendments were made. In effect the Constitution became a contract binding on all the three communities in the Federation of Malaya upon attaining independence in 1957.

38. When Sabah and Sarawak joined the Peninsular States to form Malaysia the social contract was extended to the two Borneo States. The natives of Sabah and Sarawak were given the same status as the Malays. At this time the word Bumiputra was introduced to distinguish the indigenous Malays and Sabah, Sarawak natives from those descendants of foreign immigrants. Because Malay was widely used in the Borneo States there was no difficulty in the acceptance of Malay as the national language. The fact that the natives of the two states are not all Muslims necessitated no change in the Constitution once the word Bumiputra was accepted. But the official definition of a Malay remained.

39. The embodiment of the social contract is therefore the Constitution of first, the Federation of Malaya and then Malaysia.

40. To say it does not exist is to deny the contents of the Constitution which was based upon the acceptance by the leaders of the three communities of the original social contract.

41. All subsequent actions by the Government were the results of this social contract. The fact that the initiators of this social contract and their successors were endorsed by the people in every election reflects the undertaking of the people to honour this social contract.

42. Saying that the social contract does not exist is like saying that Malaysia exists in a vacuum, without a Constitution and laws based on this Constitution.

43. Implementing the social contract requires understanding of its spirit as much as the letter. The social contract is aimed at creating a multi-racial nation that is stable and harmonious. Any factor which would cause instability and result in confrontation between the races must be regarded as incompatible with the spirit of the social contract.

44. For 50 years no one seriously questioned the social contract. Even today the majority of Chinese and Indians and the indigenous Malays and natives of Sabah and Sarawak accept the social contract. But because Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi basically lost the 2008 election and now heads a weak Government the extremists and erstwhile detractors have questioned the social contract. The Bar Council has now become a political party believing that its expertise in law will exempt it from being questioned as to its credentials and its political objectives.

45. Abdullah's UMNO is incapable of countering any attack on the social contract. If anything untoward happens Abdullah and UMNO must bear responsibility.

*****


KONTRAK SOSIAL MALAYSIA

1. Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu.

2. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersifat perkauman.

3. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia saya terpaksa imbas semula sejarah.

4. Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.

5. Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara lain.

6. Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British dan di jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara tetamu asing ini dan rakyat Raja-Raja Melayu. Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan.

7. Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan musuh tradisi mereka.

8. Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan gerila dan lari ke dalam hutan. Apabila Jepun serah diri, gerila-gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di kawasan pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini. Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan beberapa daripada mereka ini dibunuh.

9. Orang Melayu di kampung-kampung membalas dengan membunuh orang Cina di kawasan luar bandar. Ketegangan timbul dan pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.

10. Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan Malayan Union yang akan memberi "tetamu-tetamu" ini hak kerakyatan yang tidak membezakan mereka daripada orang Melayu.

11. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal atau status quo ante di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) yang baru.

12. Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat layak untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru ini. Sudah tentu warganegara keturunan Melayu jauh lebih ramai daripada rakyat Malaya yang berketurunan Cina.

13. Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya menekan Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan agar UMNO dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak lain-lain pemimpin UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan.

14. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.

15. Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Dalam pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan calon India MIC.

16. Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA dan MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu daripada PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO kalah satu kerusi kepada PAS.

17. Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut hak kerakyatan bagi orang Cina dan India sebagai syarat memberi kemerdekaan.

18. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan untuk memenangi sokongan orang Cina dan India Tunku memutuskan untuk beri satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini berdasarkan hanya kepada permastautin. Salah seorang rakyat baru yang menonjol ialah (Tun) Leong Yew Koh, bekas general di dalam angkatan tentera nasional China yang kemudiannya dilantik Gabenor Melaka.

19. Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

20. Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.

21. Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.

22. Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta.

23. Di pihak mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan kepada semua rakyat.

24. Kebanyakan persetujuan dan persefahaman ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Bagi setiap yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa terdapat peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera sahaja.

25. Demikian walaupun Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tetap bebas digunakan di sekolah Cina dan Tamil. Peruntukan ini tidak terdapat di mana-mana negara lain. Bahkan di negara-negara yang liberal sekalipun tidak terdapat jaminan seperti ini yang termaktub di dalam Perlembagaan.

26. Bahasa Kebangsaan ini haruslah dipelajari semua orang agar setiap warganegara Malaya dapat berkomunikasi antara satu sama lain di mana-mana sahaja.

27. Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan di dalam persefahaman tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur di Malaysia dan bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi kaum India Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi atau Urdu atau apa-apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan di India. Tetapi para pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna Bahasa Cina yang menjadi bahasa Kebangsaan negara China iaitu Mandarin.

28. Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh dipraktik penganut masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai agama rasmi Islam mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut tentang bantuan bagi mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak menekankan tentang ini dan Perlembagaan Persekutuan tidak pun sebut tentang bantuan Kerajaan terhadap agama lain. Namun sokongan dan bantuan tetap diberikan.

29. Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil Service) dimana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap satu yang diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun, jawatan profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana dianggap tidak mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut.

30. Hasilnya pada awal kemerdekaan terdapat lebih ramai kaum bukan Melayu daripada Melayu yang mengisi jawatan dalam Divisyen Satu.

31. Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu akan menentukan kuota biasiswa dan lesen bagi orang Melayu. Tetapi tiada sesiapa yang akan dirampas mana-mana permit atau lesen hanya untuk diberikan kepada kaum Bumiputera.

32. Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-raja Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.

33. Raja-raja akan menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif akan dilaksanakan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang dipilih dan dibantu ahli majlis atau Kabinet. Amalan British dijadikan contoh.

34. Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi Berparlimen digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi seperti yang diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak British telah mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas Negeri-negeri Melayu dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial di London.

35. Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di mana Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan bangsawan yang memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu tidak langsung ada apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga tidak mempunyai suara dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara British keturunan Cina dan India juga tidak mempunyai apa-apa suara walaupun mereka boleh dilantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan Tempatan atau Perundangan.

36. Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini mewakili sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Pihak Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak menyatakan persetujuan mereka terhadap persefahaman ini.

37. Suruhanjaya Reid diberi penerangan tentang perjanjian dan persefahaman ini agar ianya akan dimasukkan kedalam Perlembagaan yang akan digubal. Ketiga-tiga parti meluluskan Perlembagaan yang digubal setelah beberapa pindaan dilakukan. Kesannya Perlembagaan ini menjadi kontrak yang mengikat ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada tahun 1957.

38. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini di panjangkan kepada kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak di beri taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga perkataan Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang. Kerana Bahasa Melayu dugunakan secara meluas di negeri-negeri Borneo tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri ini bukan semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan apabila perkataan Bumiputera diterima. Tetapi definisi rasmi bagi orang Melayu tetap tidak berubah.

39. Oleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal.

40. Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak sosial ini dan pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap Pilihanraya Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak sosial ini.

41. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.

42. Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini.

43. Selama 50 tahun tidak ada sesiapa yang menyoal kontrak sosial ini. Malahan hari ini pun majoriti kaum Cina dan India dan Bumiputera Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak menerima kontrak sosial ini. Tetapi kerana Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada asasnya kalah dalam pilihanraya 2008 dan sekarang mengetuai Kerajaan yang lemah, pihak ekstrimis dan penyanggah sekarang ini mempersoalkan kontrak sosial ini. Majlis Peguam kini telah menjadi sebuah parti politik yang percaya bahawa kepakarannya dalam undang-undang akan mengecualikan ianya daripada dipersoal tentang kelayakannya dan objektif politiknya.

44. UMNO Abdullah tidak berdaya menangkis apa-apa serangan terhadap kontrak sosial ini. Jika apa-apa terjadi Abdullah dan UMNO harus dipertanggungjawabkan.
***********************************************************************

Petikan dari akhbar pada tahun 1965, ini sejarah! Baca dibawah ini..

KUALA LUMPUR, 24 JUN 1965 – Menteri Kerjayara, Pos dan Telekom, Datuk V.T Sambanthan, hari ini telah bertanyakan Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura, di negeri mana di dalam dunia ini bangsa-bangsa yang mendatang diterima baik menjadi warganegaranya beramai-ramai.

Beliau menegaskan bahawa hanya negara ini sahaja di dalam dunia ini telah memberi segala kemudahan kepada semua bangsa yang mendatang di sini menjadi warganegaranya.

Datuk Sambanthan berkata demikian di dalam Dewan Rakyat tadi ketika dewan mendebatkan titah ucapan Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong.

Di dalam ucapannya selama 45 minit, Datuk Sambanthan telah mengkecam hebat sikap Lee Kuan Yew yang memainkan peranan perkauman di sini untuk kepentingan diri sendiri.

Beliau menuduh Lee Kuan Yew cuba memainkan politik perkauman dengan mengatakan Kerajaan Melayu Pusat cuba menguasai Kerajaan Negeri.

Datuk Sambanthan telah bertanyakan Lee Kuan Yew di mana letaknya logik tuduhannya itu.

Katanya: “Jikalau sungguhlah dakwaan Lee Kuan Yew itu, memang bodohlah pemimpin-pemimpin Melayu di sini dalam tahun 1957 dahulu memberi segala kemudahan kepada bangsa-bangsa asing di sini menjadi warganegara di sini.

“Jika benar laungan-laungan Lee Kuan Yew itu bahawa Kerajaan Melayu Pusat hendak mengusai bangsa-bangsa lain, mengapa mereka membenarkan bangsa-bangsa asing itu dengan senang saja menjadi warganegara di sini”.

“Ini amat bodoh sekali kerana adanya lebih ramai bangsa-bangsa asing (khususnya Cina dan India) menjadi rakyat di sini, tentu sukar bagi orang-orang Melayu di sini hendak menguasai bangsa-bangsa lain itu.

“Jika benar mereka hendak menguasai bangsa-bangsa asing di sini, mereka denga mudah sahaja berbuat demikian dalam tahun 1957 dahulu dengan tidak memberi kemudahan untuk bangsa-bangsa asing menjadi warganegara.

Beliau menerangkan bahawa sungguhpun orang-orang Melayu telah bermurah hati menerima baik bangsa-bangsa asing, tetapi sekarang ini mereka itulah (Melayu) golongan bangsa yang termiskin sekali.

Datuk Sambanthan bertanya: “Siapa yang memiliki bandar-bandar dan gudang-gudang serta ladang-ladang di sini. Adakah gudang-gudang dan ladang-ladang ini dimiliki oleh orang-orang Melayu?” (Berita Harian: 25.6. 19650).

COPY FROM PARPUKARI
Reaction