Wednesday, May 27, 2009

Cara Nik Aziz selesaikan konflik

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mahu sebarang perbincangan diadakan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak.


Kenyataan yang di atas adalah kenyataan biasa bagi mana-mana Parti Pembangkang yang menghadapi konflik dengan parti yang memerintah atau sebaliknya kerana sewajarnya itu sikap parti pambangkang atau parti pemerintah.

Tetapi bila seorang ulama bertaraf Tok Guru yang berpengetahuan Islam membuat kenyataan, menjadikan kenyataan itu luar biasa. kerana menolak mesyuwarah. Mesyuwarah adalah satu ajaran Islam yang terpenting dan bukan sekadar ajaran dalam Alquran, tetapi termasuk dalam hadis dan sunnah.

Konflik memang diketahui dan dari segi istilah ialah petembungan atau pertentangan yang dikeranakan oleh sejumlah perbezaan kepentingan, sesetengah ahli sains sosial menyatakan bahawa untuk memahami konflik hendaklah dilihat sebagai konflik sosial yang merupakan antara kumpulan manusia dan bukan antara individu manusia.

Pemahaman konflik sebagai perbedaan kepentingan lebih menarik apabila dipelajari dari kecamata politik, kerana yang terjadi adalah perebutan kekuasaan (power), begitulah di Perak. Terjadinya konflik kerana 'kuasa' dan bukannya kerana kepentingan 'Islam'.

Seorang ulama besar yang menjadi kuasa veto dalam setiap keputusan yang dibuat oleh PAS, sama saperti kuasa Veto Amerika Syarikat di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dimana dengan perkataan ‘tidak’ sahaja menjadikan semua keputusan yang dibuat secara sebulat suara akan menjadi batal.

Begitulah Nik Aziz Nik Mat dalam membuat keputusan yang tidak mahu ada perbincangan dengan Barisan Nasional khasnya dengan Perdana Menteri Najib yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional. walau pun Pakatan Rakyat meminta untuk berjumpa atau berbincang (dalam bahasa islamnya dipanggil mesyuwarah) dan mencari penyelesaian dalam konflik di Perak. dan Perdana Menteri Najib pun sudah bersetuju untuk berjumpa.

Disinilah mereka yang bukan Islam akan menjadi keliru dan mungkin juga merasa bangga khasnya pemimpin DAP sebuah parti bukan Islam atau dalam bahasa Islamnya dipanggil parti 'kafir' yang bersetuju untuk berjumpa dengan pemimpin UMNO bagi menyelesaikan konflik politik Perak tetapi yang menolaknya ialah pemimpin Islam. Di mana PAS lebih bersedia menjadi keldai parti DAP kerana kerajaan di Perak bukan Kerajaan Parti PAS saperti di Kedah dan Kelantan, dimana DAP mempunyai majoriti besar dalam Kerajaan Negeri Perak.

Dari segi fakta sejarahnya PAS tidak akan tertubuh jika tidak kerana kenyataan Onn Jaafar yang masa itu bersetuju membuka keahlian UMNO kepada semua orang termasuk yang bukan Melayu. Pas berpendapat bahawa UMNO sudah menyeleweng dari segi perjuangan. Maka alim ulama pada masa itu yang berada dalam UMNO keluar untuk menubuhkan PAS.

Asas penubuhan PAS ialah kerana ‘Kerana orang Melayu, tuan punya yang berhak mutlak dalam negeri ini adalah kesemuanya beragama Islam, maka tidaklah salah Islam itu dijadikan dasar dan panduan ketika memperjuangkan kemerdekaan itu dan juga tatkala mengisinya nanti. Malahan begitulah yang diperintahkan oleh Allah, dipetik dari Suara Islam, satu organ PAS masa itu, yang ditulis oleh Hj Baharuddin Abd Latif pada 17hb Mac 1957.

Sekiranya PAS menolak perbincangan bagi penyelesaian konflik hanya untuk menyerahkan kepada satu pilihanraya umum negeri, maka jelaslah bahawa PAS bukanlah satu parti yang mementingkan Islam tetapi ‘siapa mendapat apa’. Kerana PAS berfikir bahawa jika berlaku lagi pilihanraya umum negeri kemungkinan PAS akan sekali lagi menjadi Menteri Besar dinegeri Perak.

Pas sewajarnya tidak melupakan konflik politik Kelantan pada tahun 1978, walau pun masa itu Asri Hj Muda seorang pemimpin PAS yang kuat dan pemidato yang mempersonakan, dia tidak menjaminkan bahawa PAS berkuasa semula di Kerajaan Kelantan selepas satu pilihanraya umum negeri bagi menyelesaikan konflik. Bertambah pula sekarang orang-orang Melayu Perak, sudah mengetahui bahawa PAS hanya boneka DAP di Perak.

Sebenarnya sikap yang ditunjukkan oleh Nik Aziz Nik Mat adalah pertolongan Tuhan kepada UMNO dan orang Melayu. Jika PAS pandai bermain politik dan akan berhasrat mengambil tempat UMNO dalam memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam dimasa pilihanraya umum akan datang, tindakannya tidak akan begitu, menolak sebarang perbincangan dengan Barisan Nasional untuk kepentingan Islam dan Melayu.

Pas hanya sebuah parti majoriti Melayu dan Islam di negeri Perak, PAS hanya menang 6 kerusi dikerusi berbeza dengan DAP yang kesemua 18 orang ahlinya bukan Melayu dan PKR kurang dari 6 orang Melayu, maka PAS ditunjuk sebagai Menteri Besar. Itu sahaja rumusan yang dibuat oleh Raja Pemerintah yang membolehkan PAS menjadi Menteri Besar.

Menteri Besar PAS di Perak bukan Menteri Besar PAS di Kelantan dan Kedah yang parti PAS majoriti dalam Pakatan Rakyat, dengan lapan orang Exco dari DAP, adalah sukar membuat keputusan setiap kertas mesyuarat di mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri untuk kepentingan Islam dam Melayu, maka dengan sendiri PAS tidak boleh berbuat apa-apa dengan meminta keputusan bagi membantu Islam dan orang Melayu di Perak, jika ada pun hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.

Jika PAS hendak memerangkap UMNO walau pun tidak berkata apa-apa sepatutnya PAS membuat keputusan di peringkat Kerajaan Negeri Perak, keluar dari pakatan rakyat dan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional menubuhkan kerajaaan yang akan menjadikan jumlahnya 37 kerusi atau sekurang PAS berjumpa empat biji mata dengan Pembesar UMNO.

Pas boleh mengambil keputusan sebagai parti yang menyokong sahaja penubuhan Kerajaan Barisan Nasional di Perak kerana akan menambahkan majoriti kerusi orang Islam atau Melayu dan boleh tidak menyertai kerajaan Barisan Nasional. Mereka boleh kekal sebagai anggota yang berpihak sebagai pembangkang di Dewan Negeri untuk membangkitkan apa-apa perkara yang tidak betul dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Sekiranya ini berlaku tindakan PAS yang sedemikian, dan dia berkata walau pun apa terjadi yang penting ialah kuasa Islam dan Melayu dan dia membuktikan, walau pun UMNO merasakan dia sudah diakui sebagai Kerajaan di Negeri Perak tetapi tindakan itu memberikan peluang yang lumayan kepada PAS dalam pilihanraya yang mendatang kemungkinan PAS akan menguasai semua negeri kecuali Pulau Pinang.

Tetapi sebaliknya dengan cara bertindak Pas menunjukan secara berterus terang bahawa mereka tidak lagi berada di perjuangan asalnya untuk kepentingan Islam dan juga kepentingan orang Melayu saperti mana yang dikatakan dan ditulis oleh Haji Baharuddin Latif yang pernah menjadi ahli Dewan Negeri Perak mewakili PAS. Pas boleh berkerjasama dengan satu Parti yang menghina Islam dan juga undang-undang Hudud saperti dilakukan oleh pemimpin DAP bila PAS cuba membawa undang-undang Islam di Parlimen, tetapi tidak boleh berkerjasama dengan Parti yang dikuasa oleh orang Melayu atau Islam. satu ajaran baru Islam dalam kontek PAS.

Tetapi adalah malang kepada orang Melayu dan juga simpati PAS yang tidak nampak bahawa PAS sekarang sudah bertukar mengamalkan budaya UMNO. Budaya kepentingan politik untuk berkuasa dan ini pernah berlaku dalam UMNO.

Pada satu pilihanraya umum, Gerakan pernah kalah teruk dan tidak mempunyai kuasa majoriti membentuk kerajaan di Pulau Pinang sebaliknya UMNO dan MCA yang mempunyai kelebihan kerusi, kerana hendak mengekalkan kuasa pemimpin UMNO, UMNO memberikan juga jawatan Ketua Menteri itu kepada Gerakan yang sepatutnya UMNO memberikan kerusi kepada MCA atau UMNO sendiri menjadi Ketua Menteri.

Agaknya bagaimana cara menjawab jurucakap UMNO yang juga Ketua Penerangan UMNO, yang khabar masih tidak habis lagi bernostalgia dalam setiap ceramah menceritakan kisah dia anak penoreh getah dan bagaimana rapatnya hubungan dia dengan Perdana Menteri Najib, sehingga mengatakan 60 ribu Ketua Penerangan UMNO tidak berfungsi kerana tidak faham tugasnya.


Mungkin tugas baru Ketua Penerangan UMNO Cawangan mengikut format starategi Ketua Penerangan Ahmad Maslan, untuk mengetahui tugas kenalah tidur bermalam di rumah peneroka atau rumah siapa sahaja termasuk yang ada anak dara dan akan di kira dan masukan dalam dalam KPI.

Sang Kelembai: Mencadangkan pendekatan Perdana Menteri Najib dalam mengambil keputusan dalam konteks konflik adalah dengan menetapkan tingkat pencapaian yang tertinggi atau risiko atau kegagalan yang paling rendah. Pendekatan itu hendaklah menggunakan kaedah cost, benefit, cos benefit, risk-value hingga pendekatan game.


No comments:

Post a Comment