Thursday, May 28, 2009

NIZAR MOGOK LAPAR VS ZAMBRY PUASA SUNAT


Ucapan YAB Dato Seri Dr. Zambry Abd Kadir









Pada malam ini diadakan majlis berbuka puasa sunat di Kediaman YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Selepas sahaja majlis berbuka, solat magrib berjemaah dan di ikuti dengan tazkirah oleh Al Fadhil Ustaz Kazim Elias. Intipati majlis ilmu pada malam ini adalah berkisar ke arah konsep bersyukur sebagai umat islam dalam apa jua keadaan. Baik ketika susah dan senang. Sambil kita menilai diri kita, konsep syukur ini harus di hayati sedalam dalam nya bagi menjadikan kita umat contoh atau ummatun wahidah. YAB Dr Zambry juga menekankan dari segi program program ilmu harus menjadi paksi utama dalam siri perjumpaan UMNO di masa masa yang akan datang selepas ini. Kita doakan rakyat negeri Perak akan menyahut seruan ini sebagai satu contoh ikutan oleh pemimpin negeri kita.

Wednesday, May 27, 2009

Cara Nik Aziz selesaikan konflik

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mahu sebarang perbincangan diadakan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak.


Kenyataan yang di atas adalah kenyataan biasa bagi mana-mana Parti Pembangkang yang menghadapi konflik dengan parti yang memerintah atau sebaliknya kerana sewajarnya itu sikap parti pambangkang atau parti pemerintah.

Tetapi bila seorang ulama bertaraf Tok Guru yang berpengetahuan Islam membuat kenyataan, menjadikan kenyataan itu luar biasa. kerana menolak mesyuwarah. Mesyuwarah adalah satu ajaran Islam yang terpenting dan bukan sekadar ajaran dalam Alquran, tetapi termasuk dalam hadis dan sunnah.

Konflik memang diketahui dan dari segi istilah ialah petembungan atau pertentangan yang dikeranakan oleh sejumlah perbezaan kepentingan, sesetengah ahli sains sosial menyatakan bahawa untuk memahami konflik hendaklah dilihat sebagai konflik sosial yang merupakan antara kumpulan manusia dan bukan antara individu manusia.

Pemahaman konflik sebagai perbedaan kepentingan lebih menarik apabila dipelajari dari kecamata politik, kerana yang terjadi adalah perebutan kekuasaan (power), begitulah di Perak. Terjadinya konflik kerana 'kuasa' dan bukannya kerana kepentingan 'Islam'.

Seorang ulama besar yang menjadi kuasa veto dalam setiap keputusan yang dibuat oleh PAS, sama saperti kuasa Veto Amerika Syarikat di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dimana dengan perkataan ‘tidak’ sahaja menjadikan semua keputusan yang dibuat secara sebulat suara akan menjadi batal.

Begitulah Nik Aziz Nik Mat dalam membuat keputusan yang tidak mahu ada perbincangan dengan Barisan Nasional khasnya dengan Perdana Menteri Najib yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional. walau pun Pakatan Rakyat meminta untuk berjumpa atau berbincang (dalam bahasa islamnya dipanggil mesyuwarah) dan mencari penyelesaian dalam konflik di Perak. dan Perdana Menteri Najib pun sudah bersetuju untuk berjumpa.

Disinilah mereka yang bukan Islam akan menjadi keliru dan mungkin juga merasa bangga khasnya pemimpin DAP sebuah parti bukan Islam atau dalam bahasa Islamnya dipanggil parti 'kafir' yang bersetuju untuk berjumpa dengan pemimpin UMNO bagi menyelesaikan konflik politik Perak tetapi yang menolaknya ialah pemimpin Islam. Di mana PAS lebih bersedia menjadi keldai parti DAP kerana kerajaan di Perak bukan Kerajaan Parti PAS saperti di Kedah dan Kelantan, dimana DAP mempunyai majoriti besar dalam Kerajaan Negeri Perak.

Dari segi fakta sejarahnya PAS tidak akan tertubuh jika tidak kerana kenyataan Onn Jaafar yang masa itu bersetuju membuka keahlian UMNO kepada semua orang termasuk yang bukan Melayu. Pas berpendapat bahawa UMNO sudah menyeleweng dari segi perjuangan. Maka alim ulama pada masa itu yang berada dalam UMNO keluar untuk menubuhkan PAS.

Asas penubuhan PAS ialah kerana ‘Kerana orang Melayu, tuan punya yang berhak mutlak dalam negeri ini adalah kesemuanya beragama Islam, maka tidaklah salah Islam itu dijadikan dasar dan panduan ketika memperjuangkan kemerdekaan itu dan juga tatkala mengisinya nanti. Malahan begitulah yang diperintahkan oleh Allah, dipetik dari Suara Islam, satu organ PAS masa itu, yang ditulis oleh Hj Baharuddin Abd Latif pada 17hb Mac 1957.

Sekiranya PAS menolak perbincangan bagi penyelesaian konflik hanya untuk menyerahkan kepada satu pilihanraya umum negeri, maka jelaslah bahawa PAS bukanlah satu parti yang mementingkan Islam tetapi ‘siapa mendapat apa’. Kerana PAS berfikir bahawa jika berlaku lagi pilihanraya umum negeri kemungkinan PAS akan sekali lagi menjadi Menteri Besar dinegeri Perak.

Pas sewajarnya tidak melupakan konflik politik Kelantan pada tahun 1978, walau pun masa itu Asri Hj Muda seorang pemimpin PAS yang kuat dan pemidato yang mempersonakan, dia tidak menjaminkan bahawa PAS berkuasa semula di Kerajaan Kelantan selepas satu pilihanraya umum negeri bagi menyelesaikan konflik. Bertambah pula sekarang orang-orang Melayu Perak, sudah mengetahui bahawa PAS hanya boneka DAP di Perak.

Sebenarnya sikap yang ditunjukkan oleh Nik Aziz Nik Mat adalah pertolongan Tuhan kepada UMNO dan orang Melayu. Jika PAS pandai bermain politik dan akan berhasrat mengambil tempat UMNO dalam memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam dimasa pilihanraya umum akan datang, tindakannya tidak akan begitu, menolak sebarang perbincangan dengan Barisan Nasional untuk kepentingan Islam dan Melayu.

Pas hanya sebuah parti majoriti Melayu dan Islam di negeri Perak, PAS hanya menang 6 kerusi dikerusi berbeza dengan DAP yang kesemua 18 orang ahlinya bukan Melayu dan PKR kurang dari 6 orang Melayu, maka PAS ditunjuk sebagai Menteri Besar. Itu sahaja rumusan yang dibuat oleh Raja Pemerintah yang membolehkan PAS menjadi Menteri Besar.

Menteri Besar PAS di Perak bukan Menteri Besar PAS di Kelantan dan Kedah yang parti PAS majoriti dalam Pakatan Rakyat, dengan lapan orang Exco dari DAP, adalah sukar membuat keputusan setiap kertas mesyuarat di mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri untuk kepentingan Islam dam Melayu, maka dengan sendiri PAS tidak boleh berbuat apa-apa dengan meminta keputusan bagi membantu Islam dan orang Melayu di Perak, jika ada pun hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.

Jika PAS hendak memerangkap UMNO walau pun tidak berkata apa-apa sepatutnya PAS membuat keputusan di peringkat Kerajaan Negeri Perak, keluar dari pakatan rakyat dan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional menubuhkan kerajaaan yang akan menjadikan jumlahnya 37 kerusi atau sekurang PAS berjumpa empat biji mata dengan Pembesar UMNO.

Pas boleh mengambil keputusan sebagai parti yang menyokong sahaja penubuhan Kerajaan Barisan Nasional di Perak kerana akan menambahkan majoriti kerusi orang Islam atau Melayu dan boleh tidak menyertai kerajaan Barisan Nasional. Mereka boleh kekal sebagai anggota yang berpihak sebagai pembangkang di Dewan Negeri untuk membangkitkan apa-apa perkara yang tidak betul dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Sekiranya ini berlaku tindakan PAS yang sedemikian, dan dia berkata walau pun apa terjadi yang penting ialah kuasa Islam dan Melayu dan dia membuktikan, walau pun UMNO merasakan dia sudah diakui sebagai Kerajaan di Negeri Perak tetapi tindakan itu memberikan peluang yang lumayan kepada PAS dalam pilihanraya yang mendatang kemungkinan PAS akan menguasai semua negeri kecuali Pulau Pinang.

Tetapi sebaliknya dengan cara bertindak Pas menunjukan secara berterus terang bahawa mereka tidak lagi berada di perjuangan asalnya untuk kepentingan Islam dan juga kepentingan orang Melayu saperti mana yang dikatakan dan ditulis oleh Haji Baharuddin Latif yang pernah menjadi ahli Dewan Negeri Perak mewakili PAS. Pas boleh berkerjasama dengan satu Parti yang menghina Islam dan juga undang-undang Hudud saperti dilakukan oleh pemimpin DAP bila PAS cuba membawa undang-undang Islam di Parlimen, tetapi tidak boleh berkerjasama dengan Parti yang dikuasa oleh orang Melayu atau Islam. satu ajaran baru Islam dalam kontek PAS.

Tetapi adalah malang kepada orang Melayu dan juga simpati PAS yang tidak nampak bahawa PAS sekarang sudah bertukar mengamalkan budaya UMNO. Budaya kepentingan politik untuk berkuasa dan ini pernah berlaku dalam UMNO.

Pada satu pilihanraya umum, Gerakan pernah kalah teruk dan tidak mempunyai kuasa majoriti membentuk kerajaan di Pulau Pinang sebaliknya UMNO dan MCA yang mempunyai kelebihan kerusi, kerana hendak mengekalkan kuasa pemimpin UMNO, UMNO memberikan juga jawatan Ketua Menteri itu kepada Gerakan yang sepatutnya UMNO memberikan kerusi kepada MCA atau UMNO sendiri menjadi Ketua Menteri.

Agaknya bagaimana cara menjawab jurucakap UMNO yang juga Ketua Penerangan UMNO, yang khabar masih tidak habis lagi bernostalgia dalam setiap ceramah menceritakan kisah dia anak penoreh getah dan bagaimana rapatnya hubungan dia dengan Perdana Menteri Najib, sehingga mengatakan 60 ribu Ketua Penerangan UMNO tidak berfungsi kerana tidak faham tugasnya.


Mungkin tugas baru Ketua Penerangan UMNO Cawangan mengikut format starategi Ketua Penerangan Ahmad Maslan, untuk mengetahui tugas kenalah tidur bermalam di rumah peneroka atau rumah siapa sahaja termasuk yang ada anak dara dan akan di kira dan masukan dalam dalam KPI.

Sang Kelembai: Mencadangkan pendekatan Perdana Menteri Najib dalam mengambil keputusan dalam konteks konflik adalah dengan menetapkan tingkat pencapaian yang tertinggi atau risiko atau kegagalan yang paling rendah. Pendekatan itu hendaklah menggunakan kaedah cost, benefit, cos benefit, risk-value hingga pendekatan game.


Monday, May 25, 2009

Pulau di selat di singgah sudah
Singgah sebentar musim beralih
Kalau sahabat berpaling tadah
Bagai selumbar di buang tak boleh

YAB DAN BYB

PESANAN ORANG TUA TUA

Kalau bertatih jangan terus berlari
Setelah duduk baru berlunjur kaki
Tengadahlah selalu supaya tidak terantuk
Cari cari lah bantal apabila kita mengantuk
Jangan guna cuka untuk mengubat luka
Atau jadi telunjuk yang mencucuk mata
Kecubung tak boleh berulamkan ganja
Jelatang di hulu meracun muara........
" Wahai orang orang yang beriman, jika kamu menolong Allah, maka dia akan menolong kamu dan memperkukuh kedudukan kamu " Surah Muhammad Ayat 7

SYUKUR DAN TIDAK KUFUR


Pada malam ini telah diadakan majlis bacaan yassin dan kesyukuran di kediaman YAB Menteri Besar, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Ramai tetamu hadir terdiri dari pimpinan UMNO serta ketua ketua jabatan seluruh negeri. Jumlah kehadiran pada malam ini mencecah ke angka dua ribu orang. Majlis di mulakan dengan sembahyang magrib berjemaah, bacaan yassin, bacaan doa serta isyak berjemaah. YAB Dr Zambry telah berucap dalam majlis tersebut. Ucapan yang penuh hikmah serta memberi kesedaran telah memberi manhaj baru kepada kekuatan UMNO di negeri Perak. Antara nya beliau dengan tawadduk, dengan rendah hati memohon supaya rakyat negeri Perak melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana keputusan mahkhamah telah menzahirkan yang batil. Beliau juga mencadangkan kediaman YAB Menteri Besar ini sebagai kediaman rakyat. Program yang menguatkan ikatan setiakawan dan tali siratul rahim di kalangan rakyat harus di adakan sekerap mungkin. Semangat dan rasa kasih sayang di antara ahli UMNO harus di pupuk supaya parti ini mendapat keyakinan rakyat. Dengan penuh insaf beliau memohon supaya setiap ahli UMNO bermuhasabah diri melihat kembali kesalahan kesalahan lalu untu di jadikan pedoman di masa akan datang. Sebagai manusia biasa kita tidak lari dari melakukan kesalahan baik dosa kecil dan dosa besar. Program berbentuk keagamaan akan diperhebatkan di setiap kampung yakni berjemaah, bertahlil, gotong royong dan ceramah.

Majlis pada malam ini juga meraikan anak anak yatim dan pelajar pelajar tahfiz. YB Dato Kpt Najimuddin sebagai penasihat agama akan merangka program turun ke padang bertemu rakyat. YAB Dr Zambry juga mencadangkan agar kediaman Menteri Besar ini di manafaatkan pengwujudan nya. Pada bulan ramadan yang akan datang beliau cadangkan majlis berbuka dan terawih di buat di sini. Biarlah ramai yang datang sehingga jemaah melimpah di atas padang. Pada hari Khamis ini juga di adakan program berbuka puasa sunat di kediaman beliau. Rakyat di negeri Perak di seru agar sama sama memanjangkan rasa syukur dengan berpuasa sunat. Marilah sama sama kita melafazkan niat dan berpuasa semoga allah s.w.t memberkati usaha kita. AMIN.

DOA KESYUKURAN DI KEDIAMAN YAB DR ZAMBRY

YB Datuk' Rosli Husin, ADUN Trong menadah tangan memohon taufik dan hidayah dari allah s.w.t dalam majlis kesyukuran di kediaman YAB Menteri Besar pada malam ini.
Kalau memilih tempat mandi
Pertama pantai kedua telok
Kalau memilih pemimpin negeri
Pertama pandai kedua elok

Sunday, May 24, 2009

SMS DARI YAB DR ZAMBRY KADIR

Saturday, May 23, 2009

Keajaiban Al-Quran

Keajaiban Al-Quran Statistik Keajaiban Al Quran

Kajian seorang cendekiawan Islam daripada Ikhwanul Muslim, Dr Tariq Al-Suwaidan mendapati beberapa keajaiban statistik dalam Al Quran. Secara ringkasnya kajian tersebut menunjukkan :-
Perkataan/Maksud Disebut dalam Al Quran
Al-Dunya / Al-Akhirah = 115 / 115
Al-Malaikah / Al_Syateen = 88 / 88
Al-Hayat / Al-Maut = 145 / 145
Al-Rajul (Lelaki) / Al-Mara (Perempuan) = 24 / 24
Al-Shahr (Bulan) / Al-Yaum (Hari) = 12 / 365
Al-Bahar (Laut) / Al-Bar (Darat) = 32 / 13

Jika kita mencampurkan jumlah perkataan yang membawa maksud laut dan darat jumlahnya ialah 45 (32+13 = 45).

Jika dibuat kira-kira mudah :

Laut 32/45 X 100 = 71.111%
Darat 13/45 X 100 = 28.889%


Jawapan tersebut menunjukkan peratusan air laut dan darat di dunia hari ini.

Wallahualam...

2


SEPI DARI DACING BIRU




Keputusan di penanti telah menyepikan suasana pilihanraya di penanti. Bendera BN dan poster tidak lagi kelihatan naik dalam siri pilihanraya kecil ini. Pengundi pengundi di penanti akan di jaga oleh PKR sebagai kerajaan negeri yang memerintah. Barulah rakyat penanti akan merasai kehilangan BN dalam hiruk pikuk mood pilihanraya setiapkali. Ini baru petanda awal yang di buat oleh pucuk pimpinan negara. Saya juga ingin mencadangkan agar pucuk pimpinan negara melihat kembali kawasan kawasan yang rakyat tidak bersyukur supaya tidak di letakkan calon BN di masa yang akan datang. Biarlah bumi Gunung Semanggol itu gersang. Barulah mereka tahu keadaan sebenar. Tidak perlu lagi kerajaan pusat atau negeri nak jaga penduduk Semanggol lebih lebih. Mereka telah di tarbiah ke arah fahaman politik sempit. Biarlah peruntukan kerajaan pusat di hantar ke Sabah daripada di berikan kepada orang Semanggol. Sudah tentu rakyat di Sabah mempunyai nilai syukur yang tinggi. Biarlah pantun ini menjadi pedoman buat kita semua.

Kalau redup jati seberang
Bujang ke ladang membawa dangai

Kalau hidup susahkan orang
Bagai jelatang di hulu sungai

Saturday, May 23, 2009

KAWAN KU YANG DULU KINI SELAMA NYA

Kawan ku keletihan yang banyak memikirkan perjuangan orang orang melayu di Perak Keletihan ini akan hilang dengan ada nya nilai syukur yang tinggi dan mengenangkan nikmat allah s.w.t beri kepada kita. Saya percaya beliau adalah seorang pejuang melayu yang kita harapkan. Tidur lah kawanku.......Semoga mentari besok akan lebih bersinar buat rakyat di negeri Perak



Kalau lah ada tikar terbentang
Kita bersama duduk bertimpuh
Kalau tak ada bukit melintang
Rantau mana tak sanggup ku rempuh

KEMELUT POLITIK PERAK

Dengan keputusan mahkamah rayuan semalam secara langsung memberikan BN membuka tirai baru dengan lebih meyakinkan untuk terus menzahirkan kepercayaan rakyat. Kita percaya soal tanggung jawab besar yang di pikul oleh YAB Dr. Zambry Abd Kader mestilah mendapat sokongan khusus nya ahli UMNO di negeri Perak. Ini lah masa nya kesedaran di pupuk di kalangan rakyat agar rakyat merasakan UMNO saja parti orang melayu yang dominan dan punya teras atau tunggak bagi kejayaan negara di masa akan datang. "Track record dan perfomance'" BN harus di lihat kembali sambil bermuhasabah diri akan apakah kesalahan kesalahan kita di masa lampau. Tidak ada salahnya kalau kita berundur setapak untuk memulakan langkah pertama kearah langkah yang keseribu. Setakat ini kita " salute " kepada YAB Dr Zambry yang sentiasa melemparkan senyuman walupun diri nya di asak dengan pelbagai dugaan dan rintangan. Ini lah kelebihan bagi mereka yang berilmu dan beramal. Teringat pesanan tok guru saya dalam pengajaran nya, sesungguhnya kemiskinan sebenar bukan harta benda, tetapi kemiskinan sebenar adalah tiada punya ilmu. Sebab itu lah ilmu yang di amalkan merupakan salah satu benda yang kita bawa apabila kembali kerahmatullah.

Saya tetap doakan YAB Mb kita membawa ilmu yang di amalkan. Rakyat Perak juga harus memberi peluang kepada beliau membukti nilai kesungguhan yang ada pada beliau bagi merancang negeri Perak kearah kesejahteraan dan keamanan. Kita mahu melihat rakyat Perak bahagia dalam semua bidang. Baik dari segi pendidikan, pembagunan insan, ekonomi dan kualiti hidup yang lebih baik. Ayuh marilah sama sama menyahut seruan ini, kita gandingkan tangan dan memulakan perjalanan ini. Amin.


Tanjung pelepas tanah seberang
Nampak menarik pandangan mata
Memang emas di pandang orang
Budi tak boleh membeli harta

Wednesday, May 20, 2009

KOMEN ANDA

Bagi anda yang mengenali diri saya khusus nya penduduk dan pengundi DUN Gunong Semanggol, saya mengalu alukan pandangan dan komen serta kritik membina bagi membina kekuatan bersama.

Tuesday, May 19, 2009

ERTI SATU PERJUANGAN


Dalam menempuh badai perjuangan ini, kekadang kita sering di pukul ombak mematahkan semangat kita yang masih kental dan padu. Namun ada beberapa faktor yang mempengaruhi kita untuk menggilap semula sambil bermuhasabah merenung jauh ke lubuk hati. Adakah diri ku makhluk allah s.w.t ini yang sekerdil ini berupaya merentasi halangan serta dugaan hidup bak bunyi pantun:


Pergi menembak ayam di hutan
Rotan menjalar tajam berduri
Hendak ku tambak pantai lautan
Pasir yang ada hanya seguni